Chapter 11

Romance Completed 10727

Bab 11

Asyraf Pov

Kenapa dia pergi?? Aku baru nak jumpa dia. Arin..! Lebih baik aku tunggu esok. Mungkin dia akan beri alasannya.

Asyraf: Morning Arin..

Arina: Selamat pagi Tuan, hari ni..

Sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya, aku sudah memotong.

Asyraf: Kenapa semalam awak tinggalkan saya begitu jer??

Arina: Awak yang tak datang, kenapa salahkan saya??

Asyraf: Saya lambat sikit sebab nenek saya sakit..! Awak takkan tak boleh tunggu..??!

Arina: Apa sajalah..! Tuan ada mesyuarat penting pagi ni, jangan lupa pergi dan jangan fikirkan tentang saya..!!

Arin, sekali lagi tinggalkan aku sendirian. Aku tahu dia rasa bersalah, tetapi, egonya, terlalu tinggi untuk di hakis. Biarlah, kalau dia buat begitu, begitu juga aku layan dia..!

Selesai mesyuarat perlantikan CEO, aku terus ke bilikku. Tiba-tiba perutku pedih dan tersangat sakit. Memulas-mulas sehingga tidak dapat dibendung lagi. Arin masuk dengan wajah biasanya membuka mulut tanpa memandang sedikit pun wajahku yang sudah mulai pucat.

Arina: Saya minta maaf. Saya tak tahu perihal itu. Jika awak beritahu saya, saya masih dapat terima kenyataannya.

Ayat yang sekian lama tidak aku mendengarnya. Dia sering mengaku kesalahannya ketika kami masih muda. Tetapi, dalam seketika, mataku mula dikaburi kegelapan dan akhirnya aku rebah. Dalam kabur, aku masih dapat dengar Arin panggil aku dalam nada risau. Akhirnya, aku pengsan..

Sebaik sedar

Aku berada di mana ni?? Hospital mungkin? Atau rumah? Dengan rasa berat, aku mengalihkan pandangan ke sisi, Arin..disisiku?? Benarkah mataku ni??

Arina: Awak..? Awak dah okey?? Dah mula sedarkan diri..? Awak..?

Dengan lemah, aku hanya mengangguk perlahan.

Arina: Baguslah..

Dia nampak lega?? Apa yang berlaku??

Asyraf: Ap..apa yan..yang be..berl..laku..??

Arina: Apa yang awak makan pagi ni?? Tak sedar ke awak alah dengan tu?? Nasib awak baik sebab masih di pinjamnya nyawa milik-Nya..!

Asyraf: Marahny..nya..

Arina: Awak makan hazelnut, kan?? Pagi tadi??

Aku hanya mengangguk.

Arina: Jangan makan apa-apa kacang, okey?? Awak alah dengan semua tu..

Sekali lagi, aku mengangguk. Nampak sangat dia risaukan aku yang tetap dibencinya.

Arina: Good boy...

Betul ke apa aku dengar ni?? Good boy?? Nampaknya dia masih sayangkan aku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience