Chapter 15

Romance Completed 10727

Bab 15

Asyraf Pov
Hari ni, merupakan genap sebulan aku menikahinya. Baiarpun begitu, dia tidak pernah menderhakai aku. Semua kehendakku diturutinya kecuali, dia masih berasa tidak selesa disentuh. Tetapi, setiap kali selepas aku selesai solat, aku berdoa agar terbuka hatinya untukku.

Asyraf: Awak..
Arina: Ya??
Asyraf: Takde apalah..

Aku nak menyatakan cintaku ni. Tapi, rasa takut yang menguasai diri. Dia dengan tiba-tiba, mendekatkan tubuhnya dengan tubuhku. Segara, aku merasa goosebumps. Dia meletakkan tangannya di dadaku. Kemudiannya, dia merapatkan wajahnya dengan pipiku. Terusnya dia *terkesima*. Mencium pipiku dengan penuh rasa.

Arina: Selamat ulangtahun. That was your prize.
Asyraf: Ahh..*masih dalam keadaan terkesima, tersentak dan terkelu* thanks..

Arin kemudiannya menjauhkan badannya dari aku. Dia terus berjalan ke dapur. Memandangkan aku minta dia berhenti kerja selepas kitorang bergelar pasangan suami isteri, dapurlah teman dia. Menangis ke, bergelak ke, semuanya dapur. Dia menyediakan sarapan pagi memandangkan aku tidak ke kerja hari ni. Terasa demam. Penat berfikir dua tiga hari ni. Masalah kat pejabat yang bertimbun. Penatnya fizikal ni. Selepas sarapan, rutin biasa sekiranya aku tak ke tempat kerja adalah membaca surat khabar. Tetapi hari ni, kepalaku terasa berat hingga tak dapat nak fokus langsung.

Arina: Awak??

Aku hanya memandangnya. Mataku berat dan kepalaku terasa seperti batu. Arin kemudiannya duduk di sebelahku memandangkan aku sedang duduk di atas sofa.

Arina: Awak okey??

Aku hanya mengangguk. Aku tak mahu dia berasa risau. Kemudiannya dia menyentuh pipiku dan seterusnya dahiku.

Arina: Awak kata okey sedangkan badan awak panas macam lahar gunung berapi di Indonesia..?!! Sudah, mari saya bawa awak masuk bilik dan kemudiannya berehatlah.

Aku hanya tersenyum sakit memandangnya. Risau juga rupanya. Tetapi, badan aku panas sangat ke?? Sama macam lahar gunung berapi?? Biar betullah Arin ni. Setelah aku dibaringkan diatas katil, dia menyelimut tubuhku yang menggeletar kesejukan dan berkata dia akan kembali. Setelah beberapa ketika, dia kembali sambil mendulang secawan air dan bekas ubat-ubatan. Dia juga berlari masuk ke dalam tandas bagi mengisi besen kecil yang turut dibawa bersama.

Arina: Nah, *menyerahkan dua biji ubat berbentuk pil* makan, jangan tak makan. Nanti lambat baik pula.

Aku hanya mengangguk. Setelah berbaring semula, dia mencelupkan satu sapu tangan panjang ke dalam besen berisi air sejuk lalu diperah dan dilipat elok, kemudiannya diletakkan diatas kepalaku yang terasa bengong ni. Sejuknya..*menggigil*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience