Chapter 1

Romance Completed 10727

Bab 1

Arina Pov

Ish..! Geramnya hati ni..! Macam manalah aku boleh jumpa dengan dia?? Argh..! Dah 6 tahun sejak lepas sekolah, aku tak jumpa dia. Menjengkelkan jerlah..!

Ibu: Kenapa dengan anak Ibu seorang ni?? Nampak marah saja..
Arina: Ibu..! Terperanjat Arin..! Memang Arin marah sekerang ni. Selepas 6 tahun Arin tak jumpa si Asyra, hari ni, Arin kena kerja dengan dia..! Geramnya..!
Ibu: Sabar jerlah anak Ibu. Setiap yang berlaku ada hikmahnya..dah, pergi rehatkan minda tu, lepas ni, kamu dah mula bekerja tetap, nanti dah tak cukup masa nak rehat. Kesian kamu.
Arina: Yelah Ibu. Selamat malam..

Kata aku sambil berjalan ke arah bilik yang berada diantara ruang tamu dan ruang dapur. Rumahku ini mungkin rumah kampung, tetapi, besarnya, 2 keluaga seramai 5 orang boleh menetap di sini. Sebaik merebahkan badan, aku terus lelap. Penat sangat rasanya.

Keesokan pagi
Aku terjaga daripada tidur dengan deringan alarm clock. Terus aku bangun dan bersiap. Kemudiannya aku solat Subuh sementara aku masih segar. Aku keluar dan terus ke dapur. Ibu yang setia dengan teman baiknya iaitu ruang dapur menyambutku dengan senyuman biarpun mukanya nampak risau. Aku dapat rasakan yang Airry tak pulang semalam. Makin melampau budak ni.

Ibu: Duduklah makan, nanti lambat pula. Sudahlah hari ni first day..
Arina: Yelah Ibu. Lagipun, masih awal. Si Asyra pun tak sampai lagi..
Ibu: Hmm..Arin, boleh tolong ibu?
Arina: Boleh Ibu. Kenapa?
Ibu: Tolong carikan Airry. Semalam dia tak balik rumah. Ibu tunggu hingga 3 pagi. Dia tak muncul-muncul. Ibu risau, nak.
Arina: Nanti Arin carikan si Airry. Ibu jangan risau sangat ye. Lagipun, dia tu dah besar panjang, tahulah dia jaga diri.
Ibu: Ibu tahu, cuma, jika apa-apa yang berlaku, itu yang Ibu risaukan.
Arina: Arin tahu. Dahlah Ibu, Arin pergi dulu. Jangan risau sangat. Dia tu dah besar. Pandai-pandailah jaga diri.

Kata aku sambil mencium tangan ibu. Ambil berkatlah katakan. Seterusnya, aku keluar dan terus masuk ke dalam perut kereta Myvi putihku. Sambil mengundur kereta, aku melambai pada ibu yang setia melihatku dari muka pintu kayu. Setelah keretaku hilang dari pandangannya, barulah dia masuk rumah. Keretaku kini sedang meluncur laju di atas jalan raya yang licin akibat hujan lebat pagi tadi. Aku yang masih mempunyai banyak masa hanya membawa 80 km/j. Sememangnya pagi-pagi begini, kesesakan sudah mula berkurangan kerana sudah ramai keluar lepas Subuh tadi. Jam di tanganku menunjukkan pukul 8:12 pagi. Aku ada 45 minit lagi sebelum waktu bekerja bermula. Lebih baik aku prepare supaya kejap lagi dekat depan si Asyra tu aku tak menggelabah. Tak guna punya Asyra..! Saja jer nak ambil aku bekerja. Nak buli aku lagilah tu..! Macam budak kecil jer..!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience