BAB 11

Drama Completed 3984

Biarpun mereka tidak salah faham, mereka tetap tidak senang dengan hubungan kami terutamanya peminat Ashraf, pelajar perempuan di sekolahku. Setiap kali mereka bertembung denganku, mereka pasti akan menunjukkan reaksi tidak senang.

Namun, demi persahabatan yang terjalin, aku bersabar. Tambahan, aku amat bersyukur kerana Erni tidak memarahiku. Sudah berkali-kali aku meminta maaf daripadanya.

Namun, berkali-kali itu juga, dia menyatakan bahawa dia tidak kisah. Dia menyatakan, dia sudah tidak menyukai Ashraf dan sudah pun melupakannya. Namun, aku tahu. Itu bukan hakikat yang sebenar.

Ashraf pula, melayani aku, bukan seperti seorang sahabat, tetapi lebih kepada seorang kekasih. Walaupun dia tidak pernah melamarku untuk menjadi kekasihnya, aku dapat merasakan perasaannya terhadapku.

Argh!! Sejak bila aku menjadi perasannn?? Namun, Ashraf melayanku dengan cukup baik! Sehinggakan rakan-rakannya turut mengesyaki hubungan kami. Namun, Ashraf tetap menyatakan hubungan kami hanyalah sebagai kawan. Aku akui, penjelasannya memang mengecewakanku. Namun, apalah dayaku?

Berkali-kali aku cuba mengingatkan diriku bahawa Ashraf sekadar menganggapku sebagai ‘teman tapi mesra’. Namun, perasaanku terhadap Ashraf.. memang sukar ditafsirkan. Aku menyukainya, sebagai seorang sahabat. Namun, aku turut mencintainya.

Pernah terlintas dalam benak mindaku, untuk meluahkan perasaan cintaku ini terhadapnya. Ingin sekali aku memberitahunya bahawa aku telahpun jatuh cinta padanya sejak kali pertama kami berjumpa di lapangan terbang Guangxi. Namun, aku bimbang, luahan isi hatiku akan menjejaskan hubungan kami.

Aku ternyata cukup menyayanginya, tidak sanggup untuk kehilangannya. Aku bingung. Aku cuba untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaranku, cuba untuk tidak berfikir tentang Ashraf. Namun, penangan cintanya memang kuat! Memang mampu memberi impak yang besar kepadaku!

Aku agak sedih, kerana keputusan peperiksaan percubaanku, tidak memuaskan. Aku mengambil lapan subjek. Namun, aku hanya mendapat 5A 3B. Itu bukan targetku. Selama ini, aku tidak pernah mendapat gred B dalam apa jua subjek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience