BAB 13

Drama Completed 3984

“Si..siapa??” Aku bertanya perlahan.

“Mi..Mira..” Aku tersentak. Mira?? Namun, aku puas. Sekurang-kurangnya, aku tewas pada orang yang hebat. Siapa yang tidak kenal dengan Mira? Gadis yang cantik, aktif dan pintar. Memang padanlah dia dengan Ashraf.

“Min.. jangan sedih ya??” Erni tidak berhenti-henti memujukku. Yang pelik, Erni langsung tidak sedih. Mungkin, Erni benar-benar tidak menyintai Ashraf. Sekadar meminatinya sahaja.

Aku pula.. berasa sungguh sayu sekarang.. hatiku.. sudah tercalar. Ingin sahaja aku meluru kepada Ashraf, bertanya kepadanya. Mengapa dia tidak memilihku sebagai kekasihnya? Mengapa dia masih melayanku sebegini baik walaupun dia hanya menganggapku sebagai sahabat? Mengapa? Mengapa dia memberiku harapan, dan kini menghancurkannya pula??

Air mataku mula gugur setitik demi setitik. Rasa hiba mula menular dalam diriku, mencengkam hatiku, menggamit tulangku. Erni menepuk-nepuk bahuku, aku menoleh kepadanya. Aku tersenyum, menyeka air mataku. Kemudian, berlalu dari situ.

Setahun sudah berlalu. Hatiku masih tercalar. Parut yang Ashraf tinggalkan, masih belum sembuh. Aku sering menyibukkan diriku dengan pelajaran dan aktiviti-aktiviti koko, dengan harapan dapat melupakan Ashraf. Di sekolah baru ini, aku sering menyendiri.

Aku hanya mempunyai beberapa orang sahabat. Itupun perempuan. Tiada lelaki yang akan aku terima sebagai kawan lagi. Cukuplah hanya Ashraf seorang.

Tahun lepas, selepas Erni memberitahu berita tersebut kepadaku, aku terus sahaja meninggalkan sekolah tersebut, datang ke sekolahku sekarang. Walaupun sekolahku sekarang hanyalah sekolah harian biasa, aku tetap berpuas hati, kerana dapat meninggalkan Ashraf.

Walaupun aku tidak dapat melupakan Ashraf sepenuhnya, aku tetap bersyukur kerana tidak perlu berjumpa dengannya lagi selepas ini. Segala maklumat tentangku, telah pun ditukar. Contohnya, nombor telefonku, e-melku.. Cuma, aku masih tinggal di rumah yang sama.

Selain itu, usahaku dalam menyibukkan diri dengan pelajaran, ternyata memang berbaloi. Aku adalah antara pelajar terbaik di sekolahku, di negara Malaysia dengan keputusan Penilaian Menengah Rendahku yang cemerlang itu. Hasratku hanya satu kini, iaitu belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa ibu bapaku kelak. Cinta – selepas ini tiada lagi istilah cinta dalam kmus hidup Hazminda (at least for now!)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience