BAB 3

Drama Completed 3984

Seketika kemudian, aku mula berfikir. Sebenarnya, dia tidak mempedulikanku, aku tidak berhak untuk sakit hati juga. Apa hubungannya denganku? Masakan dia ingin memandangku walaupun dia pernah melihatku di lapangan terbang Guangxi, aku mula berfikir.

‘Selamat tinggal, jejaka kaca mata!’ Aku bertutur sebak, pada diriku ini. Adakah aku akan menemuinya selepas aku meninggalkan KLIA hari ini? Biarlah takdir yang menentukan segala-galanya.

Setelah menikmati cuti semester akhir tahun selama tujuh tahun, aku mula kembali ke sekolahku, menemui rakan-rakanku yang aku rindui selama ini. Tahun ini, aku harus menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaranku kerana Penilaian Menengah Rendah, akan aku hadapi pada akhir tahun ini.

Aku menepati janjiku, mengambil tempat duduk bersebelahan dengan rakan baikku, Erni sebaik sahaja menapak masuk ke dalam kelas pertama Tingkatan Tiga sekolahku.

“Eh.. dengar kata, hari ni ada budak baru la, Min!” Aku mengerutkan dahiku, mencongak-congak kata-kata Erni. Budak baru? Langsung tiada orang memaklumkanku.

“Budak baru? Sape??” Erni menjongketkan bahu, tidak tahu. Aku tergelak halus. Tak tau, pun nak bagitau aku.. Erni ni..

“Eh.. tu tu.. dah datang..” Suara Erni mula menampar gegendang telingaku. Aku mendongak, melihat budak baru yang dimaksudkan oleh Erni itu. Tatkala seraut wajah jejaka tersebut dijamah sepasang mataku, aku terperanjat seketika. Je… jejaka itu.. jejaka itu!! Aku gembira bukan kepalang!! Rupa-rupanya, jejaka kaca mata itu merupakan budak baru yang akan belajar denganku tahun ini!!!

Erni menyiku aku beberapa kali.

“Apa???” Aku bertanya, berpaling kepada Erni. Dia kelihatan seperti terlopong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience