BAB 9

Drama Completed 3984

“Ashraf, awak..” Sudah berbuih-buih mulutku menasihatinya, agar jangan mengacau hidupku lagi! Namun, dia bagaikan tidak reti bahasa, langsung tidak mengendahkan teguranku itu.

“Min.. can we be friends??” Sekali lagi, pertanyaan yang pernah dikemukakannya dulu, menampar gegendang telingaku. Kali ini, aku tidak menolak, tidak juga menerima. Aku bingung sebenarnya. Aku ingin menerimanya sebagai rakan. Namun, aku bimbang akan desas-desus yang akan timbul nanti. Sukarnya perasaan ini ditafsirkan!

“Ashraf.. sebenarnya, saya nak terima awak sebagai kawan.. Cuma.. cuma saya takut nanti ramai yang cemburu, terutamanya fans awak.. nanti apa pula kata orang? Hazminda yang selama ini, tidak pernah berkawan dengan lelaki, berkawan pula dengan Ashraf.. saya.. saya memang takut, Ashraf..” Akhirnya, isi hatiku terluah jua. Kedengaran Ashraf membisu seribu kata. Agaknya, dia sedang memikirkan kata-kataku sebentar tadi.

“Hmm.. awak kata, awak nak terima saya sebagai kawan.. tapi.. tadi awak kata pula, awak akan amalkan prinsip awak selama ini.. jadi, kiranya saya ni memang special la, Min??” Argh!! Sekali lagi, aku terjerat. Aku terkelu, sekali lagi – kehabisan idea untuk membalas kata-katanya yang sinis, yang selalu menjerat diriku ini.

“So.. am I really special in your heart??” Aku terdiam, tidak berani untuk membalas kata-katanya lagi, bimbang terjerat sekali lagi.

“Awak membisu.. so I take it as yes..” Dia memasang umpan. Aku ternganga.

“No!!” Aku cepat-cepat memberi respons. Harunya jika dia merasakan aku meminatinya. Walaupun aku benar-benar menyukainya, tidak mungkin aku akan mengakuinya.

Dia tergelak halus. Ingin benar aku mematikan telefon bimbitku kini. Namun, aku bimbang, dia akan mengusikku selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience