BAB 4

Drama Completed 3984

“Hensem la mamat ni!” Erni mula memuji. Matanya tidak lekang memandang jejaka kaca mata itu. Aku sekadar menggeleng-gelengkan kepalaku, melihat telatah Erni yang sudah aku sedia maklum itu.

Walaupun aku akui, jejaka berkaca mata itu memang hensem.. tapi masakan aku hendak mengakuinya? Apa kata Erni nanti? Hazminda yang selama ini tidak pernah ‘memandang’ lelaki, memuji jejaka berkaca mata itu hensem? Tentu Erni akan mengusiknya setiap kali. Hazminda menjadi takut tatkala mengenangkan saat yang akan tiba itu jika Erni mengetahui perasaannya terhadap jejaka berkaca mata itu.

“Hoi!!” Erni menyergahku. Adess!! Macam mana sekarang? Aku mengelamun pula tadi.

“Apa??” Aku buat-buat selamba.

“Awak..” Erni tidak sempat menghabiskan kata-katanya tatkala guru kelas kami mula menapak masuk ke dalam kelas 3A.

“Okay.. kelas bangun!” Guru kelas kami mengarah.

“Selamat pagi cikgu!!” Suara setiap pelajar kelas 3A mula bergema.

Sudah seminggu musim persekolahan Tingakatan Tigaku berjalan. Segala-galanya berjalan lancar. Aku yang telah mengulang kaji pelajaran pada cuti semester akhir tahun yang lalu, tidak menghadapi sebarang masalah apabila guru-guru mengajar kami tentang bab-bab Tingkatan Tiga yang baru. Tidak seperti sesetengah pelajar yang langsung tidak bersedia, alamatnya mereka terkial-kial tatkala beberapa guru mengemukakan soalan.

Hari ini, Erni tidak hadir. Semalam, dia telah memesanku untuk memberitahu guru kelas kami. Dia tidak dapat hadir ke sekolah hari ini kerana datuknya telah meninggal. Agak sayu nada suaranya semalam di corong telefon. Aku pun, turut berasa sedih dan hiba bagi pihaknya. Salam takziah telahpun kukirim padanya.

Langkahku dituju ke bilik guru sesi pagi. Aku ingin mencari guru kelasku, untuk memaklumkannya tentang ketidak hadiran Erni pada hari ini. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik guru, kelihatan jejaka berkaca mata yang turut dikenali sebagai Ashraf, sedang bercakap dengan guru kelas kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience