BAB 1

Drama Completed 3984

Selepas dua minggu berada di China akhirnya aku akan pulang ke tanahair. Mujurlah.. Jika tidak, entah bila selsemaku akan sembuh. Semuanya gara-gara cuaca Guangxi yang tidak menentu. Sekejap panas, sekejap sejuk. Jadi, orang yang kesihatannya lemah sepertiku, mudahlah menjadi sakit. Sambil memegang sebuah novel yang bertajuk “Lasykar Pelangi”, aku mengambil tempat duduk di bangku yang tersedia, di Lapangan Terbang Guangxi ini. Sekali-sekala, kedengaran bunyi batukku. Sekarang, ibu bapaku sedang membeli mi segera di kedai runcit lapangan terbang ini.

Tanpa kusedari, seorang lelaki, berkaca mata, kemungkinan sebaya denganku, mengambil tempat duduk bertentangan denganku. Hatiku mula tergerak untuk mengamati wajahnya. Aku, yang sudah biasa mengikut kata hatiku, mengalihkan perhatianku daripada buku karya penulis Indonesia, kepada jejaka yang sedang duduk bertentangan denganku itu. Tatkala aku mengamati wajahnya, dia tiba-tiba sahaja mendongak, merenungku. Aku pantas membaca semula novelku. Rasa malu kian menebal dalam diriku. Sumpah! Aku tidak pernah berasa sedemikian. Tidak pernah aku berasa malu sedemikian bila berhadapan dengan insan yang bernama lelaki.

Apa yang telah terjadi kepada diriku ini?? Sudah gilakah aku? Ataupun… aku sudah jatuh cin.. Argh!! Aku tidak sanggup menghabiskan detikan hatiku itu. Tidak! Aku tidak akan jatuh cinta! Itulah prinsip yang dipegangku selama ini sejak berada di bangku sekolah menengah. Itulah juga, pesanan yang sering terpacul dari bibir ibuku, bapaku. Aku harus menumpukan perhatian terhadap pelajaranku sekarang! Aku mula mengingatkan diriku.

Naluriku mula mendesak diriku, untuk merenung jejaka itu sekali lagi. Namun, keberanianku terbatas. Aku takut, aku bimbang, jika jejaka itu turut merenungku pada masa yang sama, alangkah malunya aku! Aku tidak sanggup untuk menghadapinya untuk kali kedua! Tidak!! Aku mengamati bait-bait kata yang terpapar di hadapanku, pada halaman novel yang kupegang kini. Ternyata, tumpuanku bukan pada novelku. Ruangan mindaku, hanya terisi dengan seraut wajah jejaka berkaca mata itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience