BAB 10

Drama Completed 3984

“Min, saya gurau je.. why are you so scared??” Dia menyindirku. Geramnya!!!

“Ashraf !!!” Jika dia muncul di hadapanku, ingin sahaja aku menendangnya, menamparnya!

“Okay! Okay!! Gurau je lah!! Sorry ya, Min..” Aku membisu. Kiranya, aku pura-pura merajuk!

“Min.. sorry.. I was just kidding just now.. I din’t mean it..” Dia memohon maaf daripadaku. Aku tersenyum, namun masih membisu. Entah mengapa, mendengar suaranya yang merayuku, aku amat puas! Sewel agaknya aku ni!

“Min.. sorry.. saya.. saya memang gurau je tadi.. Min..” Mendayu-dayu suaranya merayuku. Kesian pula dia sekarang pada pandanganku.

“Hmm.. saya tak marah sangat pun.. tak payah la mintak maaf macam nak mati..” Aku berkata.

“So.. kita leh kawan tak?” Sekali lagi, dia bertanya. Aku mengeluh, membisu seribu kata. Perkara ini, walaupun tampaknya tidak penting, tetapi ia amat penting pada seorang gadis yang bernama Hazminda ! Aku berfikir. Entah mengapa, aku benar-benar ingin menerimanya sebagai kawan. Kalau boleh, sebagai.. sebagai kekasih? Argh!! Karut!! Hazminda, sekarang masa belajar!! Bukan bercinta!! Sedang aku berperang dengan perasaan diri sendiri, Ashraf di seberang talian langsung tidak bersuara.

“Erm.. boleh..” Aku bersuara perlahan, tidak pasti.

“Betul ke, Min? Yes.. yes!! Yess!!!!” Dia seronok sehingga tahap ini. Pelik juga aku mendengarnya.

“Seronok sangat tu nape??” Dia tergelak, aku cuma tersenyum.

Sudah tiga bulan aku bersahabat dengan Ashraf. Sepanjang tempoh ini, memang banyak desas-desus yang timbul. Hubungan kami, walaupun bukan sebagai pasangan kekasih, orang lain tetap salah faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience