BAB 2

Drama Completed 3984

Jejaka itu, tampak berkarisma. Dengan kaca matanya, dia seperti orang bijak pandai! Argh! Sejak bila aku menilai seseorang melalui paras rupa? Ini bukan diriku yang sebenar!

“Sayang..” Ibuku mula mendapatkanku. Aku menutup novelku itu, melemparkan sebuah senyuman yang manis buat ibuku.

“Mammmii..” Aku bertutur manja. Sesungguhnya, aku amat-amat cintakan ibuku. Pada pandanganku, ibuku, ibu yang terbaik di dunia ini. Aku amat-amat bertuah. Sering kali, aku memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana mengurniakan aku, sepasang ibu bapa yang baik!

“Sayang, nak makan roti tak?” Bapaku pula, mula bersuara. Kedua-dua mereka mula mengambil tempat duduk di sebelahku, aku pula, macam sandwich, berkepit di antara mereka!

“Daddy makan dulu lah!” Aku berkata kepada bapaku. Tiba-tiba, sebuah pengumuman mematikan perbualan kami. Kini, tibalah waktu kami untuk berlepas ke Malaysia! Yahoo!! Aku tidak sabar ingin kembali ke rumahku! Buat seketika, aku mula melupakan jejaka yang duduk bertentangan denganku itu.

Berbanding dengan Guangxi, cuaca di Malaysia memang bagaikan langit dengan bumi. Walaupun sekarang merupakan musim tengkujuh, Malaysia tetap lebih panas, lebih lebih panas dari Guangxi. Namun, aku tetap cintakan Malaysia. Tidak ingin aku menetap di Guangxi. Walaupun pemandangan di Guangxi indah nian, cuaca di sana memang tidak sesuai bagiku.

Aku turun dari kapal terbang Malaysia Airlines Berhad, kemudian mula menapak masuk ke dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sementara menunggu ibu bapaku mengambil bagasi kami di tempat yang disediakan, kelibat jejaka berkaca mata tersebut, mula kelihatan lagi. Aku terkejut seketika. Tidak menyangka bahawa rupa-rupanya, dia menaiki kapal terbang yang sama denganku.

Aku mula berpura-pura tidak melihatnya. Aku tidak ingin mendera perasaanku lagi. Aku berdiri, mula membaca semula novel “Lasykar Pelangi”. Dari ekor mataku, aku ternampak, dia sedang berjalan, menuju ke arahku. Walaupun aku mula menjadi tidak keruan, aku cuba berlagak tenang dan selamba – seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dia melintasiku, dia seperti tidak pernah mengenaliku, langsung tidak memandangku. Hatiku mula menjadi sakit, aku lantas berlalu dari tempat yang kuberdiri tadi. Aku mendapatkan ibu bapaku, tidak ingin mempedulikan jejaka berkaca mata itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience