BAB 8

Drama Completed 3984

“Even towards me? Maknanya saya ni special jugak lah?” Dia menjeratku, tersenyum sinis. Aku terkelu. Tidak menyangka lidahnya tajam sebegitu!

“I don’t care what you said! Jangan kacau saya lagi selepas ni!!” Aku lantas berlalu dari situ, meninggalkannya tanpa menghiraukannya. Entah mengapa, aku sering kali mengharapkan dia mengejarku dan memanggilku walaupun aku tidak mahu menghiraukannya. Hati lain, kaki lain!

Aku melepaskan penatku pada katil yang empuk itu. Tiba-tiba, sebuah mesej aku terima. Aku menerjah kotak inboxku. Sebuah nombor yang tidak dikenali telah mengirimkan pesanan ringkas kepadaku.

‘Hai..’ Mesej pertama berbunyi sedemikian. Aku tidak mempedulikan mesej tersebut. Tidak sampai lima minit, kotak mesej inboxku diisi lagi dengan sebuah mesej daripada orang yang sama.

‘Saya Ashraf.’ Aku tersentak. Tidak menyangka si mamat itu akan mengambil tindakan yang selanjutnya dengan mengirimkan mesej kepadaku.

Haruskah aku membalas mesejnya? Aku tidak tahu!! Tiba-tiba, telefonku berdering! Ashraf menelefonku! Aku terperanjat! Aku tidak menjawab panggilannya kerana malu untuk bercakap dengannya walaupun menerusi corong telefon. Namun, Ashraf tidak berputus asa. Telefonku berdering sebanyak lima kali. Kali keenam, aku menjawab panggilannya, teragak-agak. Sebenarnya, aku tidak ingin sangat menjawab panggilannya. Cuma, aku hanya mengenangkan bahawa dia bersungguh-sungguh ingin menelefonku. Sedikit sebanyak, naluriku ingin tahu, apa yang ingin diberitahu olehnya kepadaku.

“Hello..” Aku menjawab teragak-agak. Terketar-ketar tanganku memegang telefon Sony Ericsson ini.

“Min.. kenapa sekarang baru jawab panggilan saya?” Dia terus melemparkan soalan kepadaku, langsung tidak memberi salam!

“Hah?? Er.. er.. saya..” Aku tergagap-gagap. Malunya… Entah macam mana aku hendak berhadapan dengannya pada hari muka nanti!!!

“Min.. saya tahu.. awak anti sangat kat lelaki.. awak tak pernah berkawan dengan lelaki.. tapi mengapa? Kenapa awak tak nak kawan ngan lelaki? Jangan disebabkan perangai seorang lelaki yang pernah melukakan hati awak, awak anggap semua lelaki jahat.. Min.. mungkin awak benci saya.. saya tak tau.. tapi.. tapi sejak kali pertama saya jumpa awak, saya.. saya nak awak jadi.. jadi kawan saya, Min..” Sekali lagi, dia merayuku, supaya menerimanya sebagai kawanku. Aku mengeluh, geram benar! Dia ni tak faham bahasa betul, fikirku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience