BAB 12

Drama Completed 3984

Kini, aku semakin lemah dalam subjek Geografi, Bahasa Inggeris dan Matematik. Entah apa yang merasukku. Matematik adalah subjek yang tersenang antara lapan subjek yang kuambil. Setiap jalan kiraku, telah salah. Namun, aku pelik.

Semasa menjawab, aku telah memeriksa jawapanku sebanyak tiga kali. Ternyata, aku tidak mampu menumpukan perhatian terhadap pelajaranku. Terutamanya peperiksaan yang kuhadapi minggu lepas.

“Eh.. Min.. Min..” Kelihatan Erni sedang tercungap-cungap, menuju ke arahku. Aku terpinga-pinga. Tidak pernah aku melihat Erni cemas sebegitu. Aku bangun, lantas meluru untuk mendapatkannya.

“Erni, nape ni??”

“Min.. Ashraf.. Ashraf..” Dia cuba mengawal nafasnya yang semakin deras tika itu. Sementelahan aku pula, menjadi cemas tatkala nama Ashraf disebut oleh Erni.

“Min.. awak kena ada preparation..” Aku mula menjadi tidak sedap hati tatkala kata-kata Erni kedengaran.

“Ya la.. cakaplah.. nape ngan Ashraf ??” Tidak sabar aku ingin mengetahui berita yang bakal disampaikan oleh Erni.

“Dengar kata.. Ashraf ada.. ada..” Erni tidak berani memandangku, sebaliknya dia terus menunduk. Aku keliru. Apa ni??

“Apa?? Dia ada apa??”

“Ada.. ada teman istimewa..” Hah?? Aku terperanjat, terkaku buat seketika. Aku amat pasti, teman istimewa Ashraf yang Erni maksudkan, sudah tentu bukan aku, kerana Ashraf langsung tidak meluahkan perasaannya terhadapku.

“Min..” Erni memaut lenganku, cuba memujukku. Dia sudah tentu faham tentang perasaanku sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience