BAB 6

Other Completed 4994

ARWAH ZAMIL HAKIMI sudah dua tahun pergi. Namun, hati Sofea Ariana masih terkunci buat kehadiran lelaki lain. Dia sendiri tidak tahu kenapa memori itu merantai tasik hatinya. Padahal, semua benda yang berkait dengan Pak Lebai itu dia telah buang jauh-jauh. Cuma satu. Cuma satu menurut teman rapatnya Haryani, dia tidak membuang nama itu jauh-jauh dari hatinya.

Dia perlu menguburkan cinta tanpa nisan itu selama-lamanya. Kerana, yang sudah mati tidak akan hidup semula. Benar kata Haryani, Ariana akuinya, tetapi hati yang satu itu cuma satu, tetap satu, dan hanya ada satu, itu pun telah dibawa pergi oleh Pak Lebai.

Sofea Ariana sedang sibuk mencari beberapa buah buku rujukan untuk tugasan barunya . Perpustakaan besar Universiti Sains Malaysia itu sudah mula dibanjiri ramai penuntut. Dia dan Haryani kini sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda selepas lulus peringkat Diploma dari sebuah kolej yang diiktiraf .

Beberapa buah buku diletakkan di atas meja. Ariana duduk dan membuka beg kuliah lalu mengeluarkan beberapa barangan keperluan. Dia tekun membaca dan menulis maklumat yang diperlukan. Selepas sejam, dia bangun dan bergerak ke bahagian tepi dinding untuk meletakkan buku yang tidak dipakai.

Seketika, dia menoleh ke arah luar, ke arah ’foyer’ perpustakaan menjamu mata menyaksikan orang lalu-lalang yang tidak pernah putus. Tiba-tiba deria penglihatannya menangkap sesuatu. Sesuatu yang dia sendiri tidak percaya. Tak mungkin ! Astaghfirullah…Suara hatinya berdetik sendiri.Hatinya tidak membenarkan apa yang terlihat oleh mata. Dia melihat batang tubuh Zamil Hakimi sedang bergaduh dengan seorang mahasiswi.

Tanpa sedar, kakinya membawa dia keluar. Namun, hampa, bayangan yang dilihat tadi sudah tidak kelihatan.Ariana tersedar . Apa yang berlaku pada aku ni, Ya Allah, berilah aku kekuatan. Dia bergumam sendiri. Kemudian , menaiki bas kampus untuk balik ke Desasiswa Fajar Damai. Persoalan itu tidak terjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience