BAB 4

Other Completed 4994

Kuliah pagi sudah selesai. Tutorial sedang berlangsung. Cik Laila seperti biasa tekun mendengar pembentangan pelajar. Minda Riana tidak di situ. Kerusi yang selalu dihuni oleh Rizal dan Zamil kosong. Mana Pak Lebai ni? Hatinya terusik.

Habis pembentangan, Riana tidak terima satu apa pun pelajaran yang masuk. Mindanya kosong. Dia menjadi rindu. Rindu mendengar suara Pak Lebai.Rindu menatap wajah lelaki itu.

“Riana, ‘birthday’ kau malam esok kan? Kau buat kat Restoran Sungai Dua kan?” Teguran Lili mengejutkan lamunannya.

“Jadi. Malam esok datang tau.”

“Lili, emm, kau ada simpan nombor Pak Lebai, eh…maksud aku Zamil.”

“Ader, kau nak ker? Nak ajak dia sekali?” Soal Lili tanpa rasa curiga. Lili malah, bertambah gembira jika perang dingin gadis itu selesai.

“Ni, “

“Thanks “

Ariana keluar dari kelas.Dia duduk di hadapan perpustakaan kolej yang menyediakan banyak meja belajar dan kerusi panjang untuk pelajar membaca santai.

“Hello ! “

“Assalamualaikum” Suara sebelah sana menjawab.

“Waalaikumussalam. Ini Ariana. “

” Riana, apa khabar? Sihat ker ?”

” Sihat. ” Ariana teringat Zamil tahu waktu dia haid, dia malu sendiri.

“Mil kat mana? Kenapa suara lain? Demam? Tutorial Cik Laila tadi tak datang pun” Tanya Ariana lagi.

” Riana, Mil kat rumah, pening sikit. Tak sedap badan. Mil nak cepat ni, mama panggil, ada hal apa ya?” Soal Zamil lagi.

” Malam esok ada masa tak, datang ‘birthday’ Riana, kat Restoran Sungai Dua.”

“Tengok dulu ya, kalau ada masa Mil datang, Happy birthday Riana!”

“Esok lah Mil.” Ariana berdebar-debar, lain macam perbualan hari itu.

“Takut tak sempat.” Zamil menarik nafas panjang.

” Tak sempat aper?”

” InsyaAllah Mil datang. Assalamualaikum Ariana!” Talian diputuskan.

Ariana rasa semacam. Ada sesuatu yang Zamil Hakimi sedang sembunyikan. Dia tidak tahu, malah dia tidak syak apa-apa.

Rizal memandang wajah pucat Zamil.

“Kau tak bagi tau dia Mil? Kesian dia.” Rizal bersuara selepas melepaskan keluhan kecil.

” Aku tak nak dia sedih lah. Esok ulang tahun dia. Dia jemput aku. Kau pergi ya, bawa hadiah aku. Hadiah tu ada kat bilik. Dah lama aku beli. Aku simpan nak bagi dia pada masa yang sesuai tapi tak tau bila. Esok lah masanya. Ulang tahun ke-22 Ariana.

“Tapi Mil, aku rasa kita patut bagi tau dia, kau sakit Mil . Biar dia datang jumpa kau.” Rizal memujuk lagi.

” Aku tak dapat beri dia kebahagiaan Rizal. Aku sakit kan. Aku cinta kan Ariana tapi aku harus lepaskan dia. Dia berhak mendapat lelaki yang sempurna bukan macam aku sedang bertarung nyawa melawan sel kanser ini. Barah ini keturunan. Datuk aku dulu mati sebab kanser juga, kau pun tahu kan.

Rizal hanya menurut kemahuan sahabatnya.

Ariana berdandan rapi. Dia memakai baju kurung sutera yang baru dibeli. Dia kelihatan cantik dan ayu. Rambut panjangnya dilepas bebas.

Dia ingin menghadiahkan penampilan itu kepada Zamil.Dia tekad, dia akan minta maaf dari jejaka itu. Dia tahu mereka sedang mengumpul rasa yang sama. Mereka tengah menyimpan rindu yang sama. Cuma zahir tak terucap.

Segala-galanya berjalan lancar. Kedatangan Rizal mengejutkan semua yang hadir.

“Mana Zamil?” Tanya Ariana.

“Mil tak dapat datang. Dia kirim hadiah ni buat Riana.” Kata Rizal.

“Kenapa? Mana dia?” Ariana terketar-ketar menerima bungkusan berbalut merah jambu dan ada gambar hati bercantum.

“Dia sakit Riana. Zamil ada di Hospital Besar.”

“Sakit ? Patutlah hari tu, dia jumpa doktor pakar.” Ariana teringat kisah lalu masa pertemuan di klinik.

“I balik dulu.”

“Terima kasih. Esok kami datang jenguk dia.”

“Buka lah Riana.Tengok hadiah apa.” Yani menggesa. Lili dan rakan lain juga tidak sabar.

“Jap.”

“Wau…sehela tudung putih.” Yani berbisik keras.Boleh didengar semua.

Hati Ariana sayu tiba-tiba. Tudung itu seperti berbicara kepadanya.

Hatinya diterpa rasa insaf, syahdu, dan kudus.

“Jangan nangis Riana” Kata Yani memujuk.

Air mata itu bukan kemarahan tapi keinsafan dari lelaki bergelar Pak Lebai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience