BAB 2

Other Completed 4994

Cik Laila selaku tutor mereka memberi tugasan baru. Mereka perlu membuat penyelidikan slanga penduduk tempatan dan beberapa perkara lain yang berkaitan komunikasi dialek tempatan. Tugasan baru ini harus dibuat berkumpulan. Senarai nama kumpulan sedang diedarkan.

Hati Ariana terasa tidak sedap, risau kalau-kalau sekumpulan dengan Pak Lebai kelasnya. Dalam kelas itu, dia hanya rapat dengan Lili. Harap-harap sama kumpulan nanti.

“Riana, kita satu ‘group'” Laung Lili, dia duduk di kerusi hadapan.Riana mengangkat ibu jari tangan tanda setuju. Kertas sampai di tangannya.

Alamak! Mati aku! Sama kumpulan dengan Pak Lebai. Jadi ketua aku lagi.Aduhai, bertuah badan! Tahan tadah telinga nanti gamaknya.Riana mengutuk dalam hati. Ada mendung berarak di wajahnya. Dia membaca dalam hati, nama ketua, Mohd. Zamil Hakimi Bin Ismail, nama Lili ada, namanya ada, nama Rizal pun ada, dan dua nama lain yang dia tak berminat untuk tahu. 3 perempuan, 2 lelaki. Pandai pulak Cik Laila mengatur aku dan Pak Lebai ni satu kumpulan.

” Ada yang tak puas hati dengan pembahagian kumpulan? Saya harap kamu semua boleh berkerjasama dengan baik. Sebulan lagi hantar tugasan kamu.” Cik Laila menoktahkan kelas hari itu.

“Cik Laila! ” Riana bersuara.

“Ya! Kenapa Ariana?”

” Boleh bagi kebenaran tukar kumpulan?” Ariana tidak tahu dari mana keberaniannya muncul untuk berkata begitu.

” Bagi saya alasan yang rasional.”

” Ermmm….saya,…saya tak sesuai dengan ahli kumpulan saya.”

” Mana kamu tahu tak sesuai, belum buat kerja lagi.Baik, saya tak benarkan sebarang pertukaran ahli kumpulan. Sekian, kelas bersurai. Dan, dengan anggunnya, Cik Laila melangkah keluar.

Ariana duduk semula. Pelajar lain sudah bergerak mencari kumpulan masing-masing. Ariana terpaksa akur. Mujur Lili ada bersama.

” Saya harap semua ada, Rizal, Lili, Ariana, Maisara dan Rita.” Begitu tegas Pak Lebai memanggil nama anak buahnya.Semua menjawab ada bila nama dipanggil kecuali Ariana. Dia mengangkat tangan tanpa mengangkat wajahnya yang muram.

“Ariana, awak sakit tekak ker?” Tanya Zamil Hakimi.Semua mata memandang Ariana.

“Kenapa? Saya tak sakit lah”

” Oh! Ada suara, ingat kan diam tadi sakit tekak.” Sindir Zamil Hakimi lagi.

“Baiklah, dua hari lagi, kita akan ke Kampung Sungai Dua, dan Kampung Gelugor, untuk membuat temubual.Saya nak tekankan ‘dress code’ kita sebagai pelajar.

Lelaki berbaju kemeja atau baju Melayu, dan perempuan berbaju kurung sahaja. Saya harap semua faham. Kita jumpa nanti.” Zamil memberi arahan tegas .

Ariana tahu, ini baru permulaan perang antara mereka.Semua pelajar sudah keluar dari perut bangunan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience