BAB 13

Other Completed 4994

” Sanggup awak tipu kami?” Haryani mula naik marah.

” Sabar Yani. Dia pasti ada sebab buat macam tu.”

” Dia tipu kita Yana. Dia malu kan kau depan Luqman Affendi. Dia malukan kita depan Farid dan Zikri.Kita percaya dia bulat-bulat.” Haryani marah lagi.

Alia menangis di satu sudut. Selepas dia diugut untuk dibawa berjumpa doktor dan berjumpa pihak atasan universiti, gadis itu mengakui dia berbohong.

” Saya dan Luqman Affendi bercinta setahun lepas. Kami berpisah selepas saya tidak tahan dengan sikap Fendi yang selalu cari masalah luar.Bergaduh, samseng, masalah disiplin. Saya curang dengan dia. Saya menduakan dia. Bila dia tahu, dia minta putus. Masa tu, baru saya sedar, hanya dia yang faham jiwa saya. Tapi dah terlambat. Dia terluka dan dia tidak dapat terima saya, walaupun dia dah maafkan saya.”

Alia memberitahu cerita sebenar.

” Lepas saya nampak Yana kat kafe dulu, saya sangka Yana ni, kekasih baru dia. Tapi ternyata saya silap. Dia tak ada pengganti saya pun. Saya cuba nak masuk balik dalam hidup dia. Tapi, dia buat pengakuan yang mengejutkan. Katanya dia jatuh cinta dengan awak Yana. Saya pasti, dia tak pernah bersikap demikian. Dia benar-benar mencintai awak. Walaupun dia dan awak baru kenal.” Alia menarik nafas. Menyapu air mata yang tersisa.

” Apa??” Yana terkejut. Yani juga sama-sama terkejut.

” Jadi, awak reka cerita kata awak mengandung? Kerana nak dapatkan Luqman Affendi.” Yana membuat kesimpulan.

” Saya fikir helah ni menjadi sebab Fendi pelajar bermasalah disiplin dan ada rekod buruk , jadi orang senang percaya. Tapi, saya silap. Sejahat-jahat dia, masih ada kebaikan dalam dirinya.

Ariana dan Haryani pula menarik nafas. Yana sedar dia silap buat percaturan. Menghukum Luqman Affendi tanpa bukti. Dia harus memohon kemaafan lelaki itu.

” Maafkan saya, susahkan semua orang , saya tahu, Luqman Affendi bukan tercipta untuk saya.” Serentak dia merenung ke wajah Ariana. Berhenti di situ. Ariana diam tak berkesudahan.

**

Pagi itu, Yana dan Yani ke kuliah seperti biasa.Segala-gala sudah terang dan bersuluh. Alia juga kembali sedar bahawa cinta tidak boleh dipaksa lagi. Bagi Zikri, sama seperti Alia. Mungkin Yana bukan tercipta untuknya. Zikri akan belajar menerima Yana sebagai kawan baiknya sahaja. Sejauh persoalan Zamil dan Pak Lebai, Zikri tidak mahu ambil tahu. Biar lah, suatu hari cerita itu datang dari mulut Ariana.

Hidup Yana pula, kembali kosong. Selepas sekian lama, hatinya berkocak rindu. Dia mula menepis perasaan yang datang. Bukan kerinduan pada orang yang sudah pergi. Tapi, kerinduan pada yang masih hidup. Yana tidak mahu mengakuinya. Walaupun Haryani selalu mengusik dan membuat serkap jarang. Yana sedar Haryani boleh merasai bahawa perlahan-lahan, dia juga mula jatuh cinta dengan lelaki yang bergelar Luqman Affendi itu. Dia pasti, dia cintakan lelaki itu, bukan kenangan arwah Zamil.

Lepas kuliah jam 3 , Ariana menjejakkan kaki ke klinik USM. Dia menjalani pemeriksaan rutin seperti biasa . Haryani juga ada bersama. Gadis itu setia menemani sahabatnya.

” Kau nampak tak ? ” Tanya Yana.

Haryani memandang ke arah yang sama. Pandangannya menangkap sesuatu. Kali ini, dia nampak seseorang yang dia cukup kenal. Sekian lama dia tak jumpa lelaki itu. Rizal ? Sahabat baik Pak Lebai. Apa dia buat kat sini? Dia kenal Luqman Affendi?

Haryani dan Ariana keliru. Kedatangan Rizal tanpa mereka ketahui dan bagaimana Rizal boleh mengenali Luqman Affendi.

Adakah Luqman Affendi juga sakit seperti Zamil Hakimi dulu?? Kenapa semua lelaki yang hadir dalam hidup Yana akan berakhir begini. Oh Tuhan. Aku tak mahu kehilangan buat kali kedua. Yana gagahkan kakinya, mengejar Rizal dan Luqman Affendi yang sudah ke tempat mengambil ubat. Haryani juga mengikut. Tidak mahu ketinggalan kisah sebenar .

” Luqman Affendi”. Yana merenung pelajar itu dengan serius . Dia seperti sudah berubah. Tidak memakai seluar jean koyak, dan baju lusuh seperti samseng. Lelaki itu lebih kemas, lebih kacak, lebih sopan seperti mahasiswa sebenar.

” Yana? Sofea Ariana? Dan awak Haryani kan? ” Rizal menegur mereka terlebih dahulu.

” Oh Tuhan!! Jadi kau ni betul Rizal kan. Kawan Zamil Hakimi?” Ariana bersuara.

“Kau buat apa kat sini Rizal? “

” Aku datang nak jumpa Fendi. Kami memang dah kenal lama. Aku pernah datang sebelum ni, kita jer tak pernah jumpa. ” Beritahu Rizal, menghilangkan persoalan yang sedang melanda.

“Macam mana awak kenal Zamil Hakimi?” Tiba-tiba Luqman Affendi pula bertanya.

” Jadi kau berdua tak tahu lagi? ” Rizal pula bertanya pada Ariana dan Haryani.

” Ini kembar Zamil. Luqman Affendi.” Rizal membuat penjelasan.

” Dan ini, gadis bertudung putih yang kau pernah ceritakan dulu.” Giliran Luqman Affendi pula bersuara. Rizal mengangguk laju. Haryani dan Ariana seperti tidak percaya. Namun, kenyataan sudah terbentang di dada hakikat.

Luqman Affendi berfikir-fikir. Patutlah , dia rasa macam pernah mengenali Ariana. Malah, berperasaan aneh dengan Ariana. Rupanya, gadis itu ialah insan yang istimewa dalam hidup abang kembarnya dahulu.

Mereka bertemu mata. Melepaskan rindu setelah sekian lama.

” Awak kenapa? Awak juga nak tinggalkan saya, ? Senang-senang awak masuk dalam hidup saya, sekarang awak nak pergi. Luqman Affendi,… Awak….saya, saya rasa….saya….” Ariana tidak jadi menghabiskan ayatnya. Air matanya lebih dahulu bergenang di birai mata. Dia menyeka air mata itu. Dia menarik nafas panjang. Kalau benar ini ujian Tuhan, dia akan terima.

” Duduk Yana. Duduk dulu, awak nampak pucat. Awak sakit ker?” Luqman Affendi mengambil berat. Haryani dan Rizal melihat sahaja. Mereka simpati dengan Ariana. Tuhan yang menentukan pertemuan ini. Begitu pendapat Haryani. Tuhan menghantar Affendi untuk menggantikan Zamil. Tuhan Maha Kaya.

” Awak sakit apa? Jangan rahsiakan dari saya kalau awak sakit .”

” Saya tak sakit. Saya jumpa doktor untuk pemeriksaan rutin. Macam awak juga. Saya bebas dari jangkitan barah . Tuhan telah menghantar saya untuk awak ! Saya sayang kan awak. Saya jatuh cinta kat awak masa saya terlanggar awak dengan motosikal dahulu. Saya tak kenal awak, tapi perasaan halus itu datang sendiri. Tapi, saya dah rasakan sebahagian jiwa awak ada bersama saya. ” Luqman Affendi menambah lagi.

” Kenapa awak tak bagi tau? Saya fikir saya bertepuk sebelah tangan lepas kes Alia dulu. Saya bersalah pada awak. Menuduh awak jahat. Lepas awak pergi dulu, saya dah mula rasa lain. Saya tak tahu dan saya tak pasti. Awak pula menghilang dan saya jumpa awak kat sini. ” Ujar Sofea Ariana lagi.

” Saya dah maafkan awak dan Alia. Saya faham. Saya tak salahkan Alia juga.”

” Yana, awak gadis yang saya cari , Gadis Bertudung Putih!”

” Fendi, saya terima awak kerana awak Luqman Affendi. Bukan kerana Zamil Hakimi.” Tambah Ariana lanjut. Sejenak, Mereka bertukar senyuman.

” Apa lagi, let’s!! Kita pergi makan. Semua dah jelas kan” Rizal membuka bicara. Haryani juga gembira. Dari tadi senyum tak pernah lekang dari wajahnya. Akhirnya apa yang diinginkannya sudah berada di genggaman, tiada lagi cinta bertepuk sebelah tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience