BAB 7

Other Completed 4994

” Yana, bangun lah, jom kita keluar makan awal sikit. Aku lapar lah.” Haryani menggerakkan tubuh Ariana yang mengiring di atas katil.

” Emm…pukul berapa ni ?”

” 5.30 dah. Kau dah solat kan?”

“Dah. Aku ke tandas dulu lah.”

“Dah siap?” Tanya Yana yang baru datang dari tandas di hujung bangunan.

” Dah. Kita makan kat Desasiswa Kembara ya. Aku nak makan nasi ayam.” Kata Haryani lagi.

“Okay. Aku ada hal nak bagi tau kau Yani.”

” Kat sana lah kau cerita “

Mereka duduk di meja yang lengkap dengan empat buah kerusi berwarna . Mengambil tempat berhadapan pemandangan bukit menjadikan petang mereka sangat tenang.

“Nak citer apa Yana?”

” Aku cakap kau jangan sindir aku pulak.” Ucap Yana sambil menceduk kuah sup ke dalam pinggan nasi .

” Cakap lah , aku dengar dulu.” Kata Haryani yang kelihatan laju menyuap nasi.

“Aku tak tahu lah Yani. Aku nampak Zamil. Aku nampak dia. Aku nampak Pak Lebai.” Ujar Yana perlahan tetapi mengandungi keperitan.

“Kau what? Kau nampak Pak Lebai yang dah meninggal dua tahun lepas? Kau ni angau ker apa? Dia dah pergi. Dah tak ada. Titik. Kau tu, jangan ingat sangat . Tak baik tau. Orang tu dah tak ada. Lepas kan dia pergi Yana. Nanti kau yang seksa.” Kata Haryani panjang.

“Aku tahu. Tapi aku rasa aku nampak dia. Aku rasa macam aku nak jumpa dia.”

” Haa…mula-mula kau nampak, terus kau nak jumpa, lepas ni apa? Kau nak jatuh cinta kat bayang-bayang Pak Lebai? Gitu? Orang mati mana ada hidup semula Yana. Kau ingat kita ni, dalam cerita ker??” Haryani bersuara tegas. Dia tidak mahu kawannya hanyut dalam kenangan .

” Baik lah. Aku janji. Aku tak kan ingat dia lagi.” Yana mengalah dalam keterpaksaan. Dia tahu ini jalan terbaik.

“Hmm..maaflah tadi aku tegas sikit. Ada kawan aku kan Yana, dia ada kawan sorang . Lelaki. Mamat ni kan ambil kursus Sains Komputer . Kita jumpa diorang nak?. Dia selalu bagitau aku , suruh ajak kau keluar sama. Nak kenalkan mamat Sains Komputer ni dengan kau. Kau nak tak?”

” Kau nak cakap apa sebenarnya Yani?”

” Aku nak kau keluar dengan mamat tu lah. Aku nak kau lupa kan Zamil. Aku nak kau buka buku baru. Ramai lelaki kat luar sana suka kan kau . Tapi kau terikat dengan orang yang dah tak ada.” Perlahan Haryani memujuk. Takut hati gadis itu terasa.

” Kalau hati aku tak rela, tak guna Yani. Seribu lelaki pun, tak ada makna selagi hati aku ni belum pasti.”

” Dah tu, hati kau tu kan ada kat kau Yana. Kau buka lah hati kau tu, kat orang lain pulak. Ada lagi lelaki baik dalam dunia ni, walaupun tak macam Pak Lebai .” Pujuk Yani terus-menerus.

Selesai makan, mereka berjalan kaki pulang ke bilik.

Semasa hendak melintas jalan, tiba-tiba sebuah motosikal datang dengan laju. Haryani sudah lepas ke seberang jalan. Yana masih tertinggal di belakang. Dan, ketika itu, tanpa sempat Yani menarik tangan Ariana, motosikal itu hanya melanggarnya dengan jarak dekat kerana penunggangnya sempat menekan brek kecemasan.

Ariana sempat mengelak sedikit sahaja . Dia rebah di atas jalan. Namun, otaknya masih mampu menafsirkan apa yang berlaku. Lutut dan sikunya berdarah. Mujur dia memakai baju lengan panjang dan seluar slack longgar menutup luka tersebut. Motosikal itu berhenti. Beberapa orang pelajar lain juga berkerumun ke situ.

“Bangun Yana, kau macam mana?” Yani mula risau.

Darah merah membasahi bahagian lutut, bahagian siku, dan tangan gadis itu. Yana bangun dipapah oleh Haryani dan seorang pelajar perempuan. Mereka berhadapan dengan penunggang motosikal yang memakai topi keledar full face’ hitam. Topi keledar tidak dibuka. Haryani dan Ariana tidak nampak wajah lelaki tersebut. Pelajar itu melihat Ariana yang menahan kesakitan. Hati lelakinya tiba-tiba meruntun. Dia seakan-akan kenal gadis itu . Namun, dia tidak tahu siapa gadis itu . Ariana cuba bangun dibantu oleh Haryani dan dua orang pelajar yang ada di situ. Tiba-tiba badannya terasa ringan , dia tidak sedarkan diri . Haryani mengucap panjang. Lelaki yang menunggang motosikal itu berlalu tanpa rasa bersalah.

——————————

Doktor Klinik USM memberikan cuti sakit untuk Sofea Ariana. Haryani juga terpaksa cuti menemani sahabat baiknya itu. Selepas sedarkan diri semalam, gadis itu tidak banyak berbicara . Mungkin sehari dua lagi, gadis itu boleh ke kelas seperti biasa.

” Kau dah bangun? Aku bawa nasi ni.” Yani mula mengatur bicara.

“Siapa dia Yani? Siapa yang langgar aku dulu ?”

” Jangan fikir sangat lah. Dia tu, mamat motor yang membahayakan keselamatan orang lain tau. Aku dengar-dengar , ada pelajar buat aduan . Dia kena panggil dengan Unit Hal Ehwal Pelajar. ” Kata Yani merujuk kepada dia yang mereka sedang perkatakan.

” Makan dulu Yana. Kau sakit nanti susah aku beb! Dah masuk dua hari aku ponteng kuliah ni.”

” Thanks Yani. Kalau kau tak der , aku tak tahu lah.”

” No hal lah beb! Aku kawan kau sampai bila-bila.Susah dan senang .Orait. Tapi, makan dulu tau.” Yani berceloteh.

Ariana mampu tersenyum dan mula menjamah makanan. Hari beransur malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience