Zikri dan Yana sudah mula berkawan baik sejak pertemuan pertama di Gelugor dulu. Namun, Yana tidak pernah memberi apa-apa harapan pada lelaki itu. Dia pernah berbicara , dia senang berkawan dengan lelaki itu . Zikri pula, tidak mahu terburu-buru. Baginya Ariana pasti akan terima dia kelak. Yang dia risau ialah kemunculan Luqman Affendi dalam hidup Ariana dan masih tertanya-tanya tentang Zamil Hakimi dan Pak Lebai. Bila bertanya kepada Ariana, gadis itu enggan mengulas lanjut. Banyak rahsia Ariana dia tidak tahu. Gadis itu seolah-olah ada kisah silam yang dia tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
Ariana naik ke bilik. Dia baru habis tutorial . Dia membuka pintu yang tidak berkunci .Yakin Haryani ada di bilik. Dia memberi salam. Tapi, anak telinganya sempat mendengar suara perempuan menangis.
” Awak??”
” Maafkan saya. Saya Alia. Awak saja boleh tolong saya sekarang.” Alia berhenti menangis. Dia memeluk Yana erat. Haryani yang duduk di kerusi melihat sahaja tanpa bersuara.
” Kenapa? Yana boleh tolong apa?” Ariana tidak faham situasi sebenar. Dia masih ingat ini lah gadis yang menjirus air ke mukanya dahulu kerana salah faham.
” Saya mengandung anak Luqman Affendi! “
” Apa??” Yana dan Yani saling berpandangan.
“Siapa Luqman Affendi? ” Haryani dan Ariana serentak bertanya. Bingung dengan kedatangan Alia.
Share this novel