BAB 3

Other Completed 4994

Hari Khamis, kuliah berakhir jam 11. Ariana balik ke biliknya untuk berehat. Perutnya memulas, dia tahu, waktu ‘datang bulan’ sudah sampai. Senggugutnya pulak semakin menjadi.

” Kau nak aku temankan?” Tanya Haryani yang sedang bersiap untuk ke kelas.

Temannya itu mengikuti kursus Sains Komputer.

” Tak apa, pukul 3 dah ni, kau pergi lah. Aku larat lagi. Hari Khamis biasa tak ramai orang, klinik dalam kolej jer. Doktor pakar masuk klinik hari Khamis.

” Hati-hati tau! ” Tambah Yani.

Ariana menunggu di hadapan Bilik 3. Klinik agak lengang, mungkin nasibnya baik, tak lama dia menunggu giliran.Perutnya kembali sakit. Sambil menahan sakit, dia cuba mengalih perhatian membaca mesej dalam telefon tangan.

Wajahnya terkesan sesuatu.Itu kan Pak Lebai ! Apa dia buat jumpa doktor pakar .Riana nampak Zamil masuk selepas nama lelaki itu dipanggil.Sakit apa dia agaknya sampai kena jumpa pakar! Lantak lah. Aku tengah sakit ni.

Hampir lima belas minit berlalu. Ariana keluar dari bilik doktor.Dia pergi ke kauter mengambil ubat. Dia duduk sambil membaca majalah yang tersedia.

“Ariana , nama awak kena panggil.” Satu suara menegurnya.Dia tidak sedar namanya dipanggil.

“terima kasih.” Ucap Riana.

Ubat bertukar tangan.

“Eh! Awak kat sini lagi?” Tanya Ariana.

“Saya tunggu awak.” Jawab Zamil .

” Saya tak suruh pun.” Kata Riana sambil menahan sakit perutnya tiba-tiba.

“Muka awak pucat Riana, awak sakit aper? Mana Yani ? Mana Lili? Mereka tak teman awak ? Kalau pengsan nanti, bahaya.”

Pak Lebai buat kuliah kat sini pulak, aku tengah ‘tension’ ni. Banyak hal lah mamat ni.

” Saya masih kuat Pak Lebai ! Opss…Zamil.” Ariana termalu sendiri.Tak semena-mena tangan comelnya menutup bibir mungilnya. Alamak! Kantoi aku.

“Awak panggil saya Pak Lebai rupanya! Pandai awak. Tapi, saya ni nampak tua sangat ker Riana? Panggil Abang Lebai kan nampak muda. Kita kan seusia, baru 22 tahun. Saya tak marah.Duduk lah dulu. Awak nampak penat.” Zamil cuba memancing perasaan gadis itu.

Aduhai ! Kalau lelaki tu lelaki jugak! Mereka duduk di kawasan rehat yang lapang.Beberapa pelajar juga ada di situ.Berehat sambil menunggu giliran ambil ubat.

” Saya bukannya apa, saya harap sangat sebagai kawan dan sebagai saudara seagama, saya harap awak pakai tudung suatu hari nanti. Tinggalkanlah seluar lusuh awak dan baju ketat awak tu. Pakai baju kurung lagi manis , lagi ayu.” Dia memulakan bicara. Berdesing telinga Riana.Namun dia berdiam diri.Gara-gara sakit perut, dia tadah telinga.

“Saya suka tengok Riana pakai baju kurung ‘last week’ masa kita buat ‘research’ tugasan tu.Saya ikhlas. Kalau Riana pakai tudung, lagi nampak macam Gadis Muslimah.”

” Zamil. Awak jumpa doktor pakar tadi sakit aper?” Tanya Ariana mengalihkan topik bicara. Dia tidak tahu, hatinya terasa membengkak, tetapi bila memandang wajah lelaki itu, hilang amarahnya ditelan pawana.Pakai ilmu ke mamat ni! Nampak ‘handsome’ pulak hari ni.

“Saya .Tak adalah. Mil buat pemeriksaan rutin sahaja.Tak ada aper!! Riana sakit aper? Pucat semacam jer. Kalau sudi, mari saya hantar balik, kejap lagi Rizal datang ambil saya dengan kereta.Boleh tumpang kita orang.” Zamil berbahasa lagi.

” Tak payah. Saya tak suka, nanti kena tangkap basah dengan Pak Lebai.” Riana membidas. Zamil ketawa panjang. Tak putus, sambil menekan perut. Lucu ker!

Riana marah diketawakan. Dia tarik muka masam.

“Nak balik dulu.” Riana bergegas bangun.Dia terlupa membawa plastik ubat-ubatanya.

Emmm…tengah marah pun manis sekali. Cantiknya Ariana! Bisik hati Zamil.

Zamil jugak berlalu.Dia membawa plastik ubat gadis itu bersama.

Ariana sampai di bilik. Dia terus tidur selepas tersedar platik ubatnya ketinggalan di klinik. Pak Lebai punya hal lah ni.Hatinya sebu sendiri. Sakitnya perut aku ni!

Jam bergayut di angka 6 semasa Haryani masuk ke bilik yang gelap itu.Dia memetik suis lampu.

“Riana! ” Panggil Haryani.

Riana bergerak-gerak perlahan.Sedar Haryani sudah balik.

“Kau macam mana? Sakit lagi?”

” Sakit lah, ubat tahan sakit aku tertinggal kat klinik, ni semua pasal Pak Lebai tu.Dia bagi tazkirah kat aku, bagi kuliah Asar sekali, sampai ubat aku tertinggal.”

” Ni, Pak Lebai kirim ubat. Dia cari kau kat bawah.Kau tidur kot, tak dengar ada pelajar datang ketuk pintu.Mujur jumpa aku.Dia bagi minyak lagi.Katanya minyak ni baik untuk senggugut, adik dia selalu guna. ” Terang Haryani sambil tersenyum penuh makna. Kemudian pecah tawanya.

“Kau beritahu dia ker tadi kau ‘datang bulan’ buat malu kaum Hawa jer.”

“Bedebuk” Teddy bear Ariana melayang ke muka Haryani.

” Tolong sikit!! Pak Lebai ni biar betul.Mana dia tahu aku sakit wanita . Dia siasat ubat aku lah tu.Minyak aper ni? Minyak pengasih ker?” Ariana berasa geram dan malu bila memikirkan Zamil tahu dia sedang dalam haid.Mampus aku!

” Dia ambil berat lah Riana. Minyak tu, adik dia selalu guna. Minyak tu bukan untuk wanita jer, lelaki pun boleh, minyak serbaguna. Kau pakai jer, mungkin kurang sakit perut tu.” Tambah Haryani tanpa rasa curiga. Dia nampak bagaimana Zamil risau akan Ariana. Jatuh cinta kah Pak Lebai dekat ‘room mate’ aku ni.

Ariana bangun. Telan ubat, dan ambil minyak panas botol merah itu.Dia menyapu pada perutnya. Rasa lega. Mungkin gabungan ubat tahan sakit dan minyak Pak Lebai.Dia tersenyum sendiri.

“Hoi…senyum ada makna ker tu?” Haryani sempat menggiat.

“Orang punya suka ah..” Ariana buat tidak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience