BAB 1

Other Completed 4994

Pintu diselak dan langkahnya lesu memasuki ruang kamar dengan muka yang monyong.ARIANA melabuhkan punggung di atas katil. Kemudian merebahkan badan dan menutup mukanya dengan teddy bear’ putih yang besar.

“Apa hal pulak hari ni?” Tanya ‘room mate’nya Haryani.Gadis itu sedang leka membelek-belek majalah Remaja keluaran terbaru bulan itu, sambil meniarap atas katil yang bercadarkan alas warna merah jambu. Sesekali dia tersenyum sendiri, mungkin terkesan sesuatu yang lucu dalam majalah itu.

“Apa? Apa lagi? Kau rasa apa? Pak Lebai tu lah. Asyik-asyik sindir aku jer dalam kelas tadi. Ingat dia bagus sangat! Ingat dia macam tu, dah ‘confirm’ jadi penghuni syurga?” Ariana melepaskan geram.

“Ishh…tak baik kau kutuk Pak Lebai tu. Baik pergi minta maaf kat dia. Dia tu bukan setakat Pak Lebai yang banyak ilmu agama, tapi Pak Lebai paling ‘hot’ kat kolej kita ni tau!” Tambah Yani lagi.

“Eh! Yani… dia ‘hot’ ker, aper ker, jangan lah nak panaskan aku sekali.” Ujar Riana lagi.

“Hari ni dia bagi tazkirah apa kat kau Riana?”

” Tadi lepas habis Rizal buat pembentangan, dia bagi pandangan bernas dia, ala-ala tengah berbahas kat dewan rakyat lagi. Siap bagi contoh dalam kelas tutorial aku tadi. Ingat aku tak tau, dia maksudkan gadis tak pakai tudung tu siapa?? Aku lah tu, dah aku sorang jer gadis Melayu tak pakai tudung sekelas dengan dia.” Riana menerangkan semula kejadian di dalam kelas Tutorial Komunikasi jam 11 tadi.

” Alaa…jangan ambil hati la beb! Riana, dia buat benda baik kan, jangan susah hati.Dia nak nasihatkan kau, selebihnya kau punya pasal lah, nak ambil pusing ker tidak.” Tambah Yani meredakan kemarahan Riana. Sudah setahun mereka tinggal berdua, Yani sudah masak perangai Riana.Gadis itu paling tak suka sesiapa yang mempersoalkan penampilannya tambah lagi isu dia tak bertudung.

“Kau bela Pak Lebai tu kenapa? Suka dia? Aku tahu lah dia tu kacak, lawa, tapi kalau perangai buat sakit hati orang siapa nak?” Ujar Riana masih marah, tapi sudah menampakkan kekenduran.

” Aku tak bela sesiapa.Aku berkecuali. Pak Lebai tu kan, baik betul tau! Dua hari lepas, ‘couse mate ‘ aku, Nasir budak tahun 1, ada cerita dia tolong belikan tiket kapal terbang dekat kawan dia yang ’emergency’ balik Johor.” Cerita Yani penuh bersemangat.Dia berharap, Riana tak akan membenci Pak Lebai lagi apabila mendengar cerita baik jejaka itu.

“Itu, sebab dia simpati! Bukan dia baik.” Ulas Riana menarik muncung.Lalu membalingkan beruang putih kesayangannya ke muka Yani. Gadis itu mengelak. Gamat suara mereka ketawa.

Jam bergerak ke angka 5.30 petang. Ariana dan Haryani baru bersiap untuk turun makan.

” Nak makan kat mana? Kat luar ke kat dalam?” Yani bertanya sambil membetulkan telekung biru yang dipakainya, tak mahu memperlihatkan bahagian dada. Yani selalu nampak ayu pada pandangan Riana, gadis itu tidak lekang dengan baju kurung, jubah atau kebarung.Dia ada juga memakai seluar, tetapi yang longgar dan berbaju labuh melepasi punggung.

” Sejuk lah petang ni kan! Makan kat kafe saje lah, aku tak bawa jaket pulak.” Beritahu Riana yang kebiasaannya gemar dengan penampilan kasual, jeans lusuh dan baju lengan pendek, kadangkala kemeja tiga suku yang mengikut bentuk badan dengan ‘skirt’ labuh .

Bagi Yani, Riana gadis baik, tahu batas pergaulan, tetapi penampilannya yang tidak menutup aurat membuatkan Pak Lebai selalu menggiatnya. Anak orang kaya, orang KL, ramai macam tu, mak bapak pun kurang bagi perhatian, apa lagi yang dia tahu, mama Riana juga tidak bertudung.Bak kata orang, ‘like mother like daughter’ .

Mereka berbaris untuk membeli makanan. Kemudian beratur membeli minuman.

Kafeteria itu memang luas dan selesa. Bahagian hadapan dihiasi lanskap air pancut dan kolam mini yang didiami ikan –ikan kecil warna-warni.Ruang makan yang selesa, dengan meja plastik dilengkap 4 kerusi.

“Aku cari tempat dulu ya.” Yani melangkah meninggalkan Riana yang membawa dua gelas air. Riana hanya mengangguk sambil tangannya lincah membayar harga minuman. Dia memusingkan badan dan segalanya berlaku pantas.Minumannya sudah jatuh melimpah ke lantai.Milo ais dan sirap limau yang dipegang membasahi baju Melayu lelaki itu.

“Alamak Pak Lebai! Habis aku!” Riana menekup mulutnya yang lancar tiba-tiba.Dia dengar ke tak! Lantaklah, bisik hati kecilnya.

Pak Lebai berbaju Melayu biru muda yang nampak longgar di badannya, berseluar slek hitam dan bersongkok, dia kelihatan sungguh kacak, sungguh jernih dan tenang wajahnya. Aura baju biru muda itu menampakkan lagi kulitnya yang cerah berbanding lelaki Melayu biasa.

“Ishh….apa kau buat ni Riana?” Tak nampak orang?” Rizal, ‘best friend’ Pak Lebai pulak yang banyak cakap.

Riana terdiam, bulat matanya memandang wajah Pak Lebai. Dia bersedia menerima apa sahaja yang akan dilontarkan jejaka itu. Saat ini, dia tak mampu bersuara.Dia tahu dia yang salah.Dia yang cuai, jalan tak tengok depan. Membelok tanpa signal terlebih dahulu. Bukan baju Pak Lebai saja basah, dia juga basah sampai ke lengan.

” Riana? Kau…” Kali ini Yani pula datang dan terkejut.Kemudian beberapa pasang mata mencuri tumpuan ke arah mereka.

” Tak apa, saya pun salah jugak, tak sempat tekan ‘brek”. Kata Pak Lebai lembut. Dia sempat mempamerkan segaris senyuman.Butir bicaranya sungguh damai. Tenang. Setenang wajahnya ketika itu. Tak marah langsung bajunya basah!

” Maaf ya , Zamil. Riana tak sengaja tadi.Kami pergi dulu.” Kata Yani sambil menarik lengan Ariana.

“Lain kali, kalau Riana tak nak bagi lengan tu basah, pakai baju lengan panjang ya! ” Tambah Pak Lebai. Rizal yang mendengarnya tersenyum pendek. Kena juga minah degil ni dengan kau Mil.

Kali ini, Riana terasa darahnya menyirap ke muka. Jadi merah jambu seluruh wajahnya yang putih kuning.Anak matanya bergerak-gerak.Dia seperti hendak memulakan serangan balas.

Baik aku cepat ! Kalau tak meletus perang dunia! Fikir Yani. Dia menarik Riana dan bergegas dari tempat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience