BAB 5

Other Completed 4994

Mereka tiba di wad yang menempatkan Zamil Hakimi.

“Assalamualaikum Mil ! ” Ariana bersuara.

“Waalaikumussalam Riana! ” Ada senyuman manis dihadiahkannya.

” Muslimah sejati , gadis yang baik untuk lelaki yang baik Riana.” Zamil berbahasa. Sejuk hatinya memandang gadis itu yang berbaju kurungdan bertudung.

Air mata Ariana mengalir dari tubir mata. Membasahi pipi.

Zamil Hakimi tersenyum. Ariana sudah mendapat hidayah untuk memakai tudung. Sekuran-kurangnya wajah gadis bertudung putih itu sempat dia tatap sebelum dijemput Ilahi.

“Maafkan Riana atas segala kekasaran Riana selama ni.”

” Mil dah maafkan .Dah lama.”

“Kenapa tak bagi tau awal-awal?” Tanya Ariana .Rakan-rakan lain turut sebak memerhatikan situasi sedih itu. Ibu bapa Zamil juga berada di situ.

” Riana cantik pakai baju kurung dan bertudung macam ni. Kalau Mil tak ada, teruskan hijrah ini ya! Riana akan dapat ketenangan nanti.Mil suka Riana macam ni.”

Riana menangis lagi. Yani memeluk sahabatnya.Lili juga menangis. Rizal turut merasa sebak.

Beberapa minit kemudian, doktor datang selepas sesuatu berlaku pada Zamil.Muka pucat itu tidak bergerak-gerak lagi.Mereka semua meraup muka selepas menadah tangan. Ariana sedar apa yang terjadi. Perpisahan dengan Zamil secara total . Perpisahan mutlak. Tak ada lagi Pak Lebai. Tak ada lagi Zamil Hakimi. Tak ada tazkirah, tak ada kuliah Subuh atau kuliah Asar. Ariana menangis lagi. Esakannya tumpah di situ.Azamnya menjadi tekad. Hijrahnya tidak akan berpaling.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience