BAB 10

Other Completed 4994

Malam menjelma. Mereka makan di sebuah restoran yang sederhana besar. Lima orang semuanya. Zikri dan Farid, berserta Ariana, Haryani dan Erin, rakan tutorial Haryani.

” Yana selalu kat perpustakaan ker. Selalu I nampak U kat sana.” Kata Zikri cuba beramah mesra. Dia memandang Yana, gadis itu melarikan anak matanya . Yana nampak sangat cantik. Sopan dan memikat. Bertudung litup, tapi nampak kemas dan moden.

Lelaki itu pula pada Yana, peramah. Tidak kekok, dan mudah mesra.

” Kalau ada tugasan, melekat lah kat situ.” Yana bergurau . Cuba menimbulkan suasana ceria.

” Makan lah.Banyak makanan ni.” Kata Zikri lagi. Lelaki itu berbadan tegap. Agak berisi sedikit tetapi tidak nampak gemuk, kerana dia tinggi. Kulitnya sawo matang seperti kebanyakan kulit lelaki Melayu.

“Makan banyak-banyak. Jangan malu.” Farid pula berbasa-basi. Farid dan Haryani dalam proses mengenali hati budi. Keadaan sunyi sejenak semasa mereka menikmati makanan.

Suasana tiba-tiba kecoh di luar restoran. Seorang lelaki dikerumuni tiga orang lelaki lain. Mereka bergelut tanpa mempedulikan orang awam.

“Eh…tengok Yani. Itu lah pelajar yang langgar aku dulu. Dia kena pukul lah.” Ariyana bersuara cemas.

” Betul ker Yana.Kau pasti. “

“U kenal lelaki tu?” Zikri pula bersuara. Ada nada cemburu dalam pertanyaan itu. Dia sebenarnya kenal lelaki yang mereka sedang perhatikan itu. Lelaki yang terkenal kat Unit Hal Ehwal Pelajar gara-gara masalah disiplin dengan pihak universiti.

Yana hanya angguk. Memohon simpati.

” Dia kan yang selalu naik-turun kat Unit HEP, banyak masalah dia tu. Dah pernah kena gantung dengan pihak universiti . Memang budak tu, tak sayang masa depan dia.” Kata Farid pula .

” Jap! Jap! Dia nampak macam Pak Lebai . Arwah Zamil Hakimi. Dia lah yang kau nampak kan Yana?” Haryani pula bersuara cemas. Gugup dan gementar sekaligus. Masih menafikan apa yang mata sedang melihat. Tak mungkin !

” Siapa Zamil Hakimi? Siapa Pak Lebai? Dia budak ’course’ apa?” Giliran Zikri pula bertanya. Haryani dan Ariana berpandangan. Tak ada masa nak buat flashback.

” Zikri !! Please , tolong selamatkan dia. I pohon dari U ” Tambah Ariana lagi.

Zikri dan Farid saling berpandangan. Yani dan Erin juga terkedu. Ariana menarik nafas panjang. Perlahan-lahan menghela nafas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience