Bab 9

Romance Completed 13074

Aku mengemaskan penampilan ku dengan hanya memakai blouse berwarna peach lembut dan juga skirt maxi berwarna hitam. Shawl Nur Kasih ku tenung beberapa kali di dilam cermin kereta ku. Seumur hidup inilah kali pertama aku berjumpa dengan seorang yang lelaki yang telah diaturkan oleh keluargaku. Sebelum terlupa..janganlah aku bertembung dengan Encik Adlee. Nanti dia mesti ketawakan aku kalai dia tahu yang seorang Matchmaker juga terpaksa buat perjumpaan yang diaturkan.

Aku melangkah masuk ke dalam Hotel Royal Chulan. Telefon bimbitku berdering.

“ Assalamualaikum.” Ujarku.

“ Waalaikumsalam. Saya Airil. Saya sudah ada kat dalam restoran ni.” Aku hanya mendengarkan sahaja kata-kata darinya sambil kakiku melangkah masuk ke dalam restoran itu. Aku ternampak seorang kelibat lelaki sedang melambai-lambai tangan ke arahku. Ini mesti Encik Airil ni. Ok….first impression..boleh tahan. Menepati masa.

Airil bangun lalu mengeluarkan kerusiku untuk menjemputku duduk. Wow…gentleman nampak. Ok aku bagi A untuk sikapnya yang gentleman. Kami berdua bertentangan mata. Airil menhadiahkan aku senyuman. Aku membalasnya.

Mata ke mata…hati ke hati…terus aku teringat lirik lagu Bawaku Terbang nyanyian Fabulous Cats.

“ Err…awak..” serentak kami berdua ingin memulakan bicara. Akhirnya kami tertawa.

“ Ladies first.”

“ No…you first.” Masing-masing tidak mahu mengalah.

“ Ok..ok..mesti awak segan nak mula dulu. Saya faham. Ok..biar saya mula dulu.” Ucap Airil dengan lembut. Aku hanya mengangguk.

“ Hai. Nama saya Airil Izham bin Mokhsin. Boleh panggil saya Iz saja. Umur saya 31 tahun. Saya bekerja sebagai seorang engineer di syarikat milik keluarga saya sendiri. I’m still solo..and available.” Aku ketawa mendengarnya. Dia ni memang kelakar la. Nampak sweet saja bila bercakap.

Pelayan restoran datang mengambil pesanan kami.

“ Ehmm…hai. Nama saya pula Farah Aleeya Binti Farhan. Boleh panggil saya Farah je. Umur saya pula 29 tahun. Saya bekerja sebagai Matchmaker di MILLIONAIRE MATCHMAKER COMPANY. I also single and available….” aku senyum malu-malu tapi mahu.

“ Oh…jadi Cik Farah kita ni Matchmaker la..awak rasa sesuai tak kalau engineer disatukan dengan seorang matchmaker?” usik Iz padaku.

“ Ada-ada je la awak ni.” Aku bertambah malu bila dia berkata begitu lagi.

“ Kira boleh la tu…saya pun bukannya muda lagi. Apa yang saya nak dari pertemuan kita hari ini boleh membawa kita terus ke alam perkahwinan.” Serius Airil menuturkan kata-kata itu.

Huwaaa…..aku rasa macam nak pening saja dengar dia kata begitu. Bukan aku tak nak tapi aku belum sedia lagi la. Memang lah dari apa yang ku lihat Airil ni seorang yang gentleman, sweet talker dan pandai mengambil hati. Tapi masih terlalu awal untuk aku menilai dirinya.

“ Ehm…beginilah Encik Iz, saya rasa kita patut berkenalan dahulu. Saya belum sedia lagi nak menuju ke alam perkahwinan macam yang Encik Airil nak idamkan. Tapi, kalau Encik Iz nak juga cari seseorang yang boleh dibawa kahwin, saya rasa saya bukan orangnya.” Ucapku terus-terang. Aku tak nak memberi sebarang harapan padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience