Bab 6

Romance Completed 13074

“ Lagi? Awak nak tahu apa lagi? Saya kan cakap semuanya tadi.” Sekali lagi Adlee disoal soalan yang sama. Memang pantang baginya jika idtanya buat kali kedua. Buatnya, orang yang bertanya kepadanya sekali lagi adalah orang yang tidak faham bahasa.

“ Ya lah..tapi itu hanya separuh cerita diri awak. Saya nak tahu warna kesukaan, makanan kesukaan dan yang paling penting wanitaideal pilihan awak? Kan awak ke sini nak cari calon isteri?” aku dapat merasakan bahawa dia tidak suka jika bertanya banyak kali. Annoying…

“ Hitam. Asalkan halal. Saya nak perempuan yang memahami dan menerima saya seadanya. Bukan kerana harta atau paras rupa.” Jawab Adlee straight. Ish…dia ni memanglah macam robot. Soal satu..jawab satu. Ni kalau nak cerita lawak dekat dia..agak-agak dia ketawa ke tak? Jangan berangan Farah. Back to work.

“ Ok. Kalau itu yang awak nak saya rasa saya dah dapat calon-calon yang sesuai untuk awak. Saya dah buat research tadi sebelum awak sampai untuk calon pasangan awak. Saya printkan profil diri mereka untuk awak. Macam-macam tahu je saya kan” aku buat lawak sikit. Namun…lawakku macam tak kena pada jiwa dia je..

Aku menyerahkan tiga keping kertas yang terkandung maklumat diri calon isteri untuk Encik Adlee. Harap-harap adalah yang berkenan. Kalau tak pun, aku yang kat depan dia ni pun boleh jugak. Dalam mimpilah saja kau Farah..

Kejap-kejap berkerut dahi Encik Adlee memandang kertas itu. Setahu aku semua calon yang aku pilih semuanya mereka yang agak setaraf dengan Encik Adlee. Cantik…seksi..kaya..tapi ada juga lah satu calon yang bertudung. Manis orangnya kalau Encik Adlee pilih yang bertudung tu.

“ Ehm…sorry. Saya nak tanya yang calon ke tiga ni. Calon ketiga ni serius ke nak cari jodoh juga?” aku pelik mendengar soalannya. Kenapa pulak dia tanya macam tu. Ini mesti dia dah berkenan dengan calon ketiga tu. Bertudung..ayu orangnya..berpendidikan…dan punya kerjaya. Yes…nampaknya aku akan bakal menjadi The Best Matchmaker again..

“ Yes..kenapa dengan calon ketiga tu Encik Adlee? Berminat? Kalau berminat..saya boleh aturkan perjumpaan untuk Encik Adlee.” Aku tersenyum manis kepadanya. Adlee hanya tersenyum melihat keletah Cik Farah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience