Bab 5

Romance Completed 13074

“ TUKKKKK” pintu bilikku diketuk. Aku masih lagi memandang skrin lap top ku kerana ingin mencari maklumat mengenai calon-calon pasangan bagi Encik Adlee.

“ Masuk.” Arahku.

Adlee dan Siti melangkah masuk bersama-sama ke dalam bilikku.

“ Cik Farah. Inilah Encik Adlee Mukhriz. Klien Cik Farah yang seterusnya.” Ujar Siti.

“ Ok, Siti. Terima kasih. Awak boleh keluar.”

“ Encik Adlee, boleh duduk dulu. Tunggu sekejap ya.”

Aku menyimpan maklumat-maklumat yang sudah siap aku cari buat Encik Adlee. Aku mengalihkan lap top ku ke sisi kanan untuk memandang Encik Adlee.

Huwaaaa…..hansem gila babe. Kalau aku tak cukup iman..memang aku dah menjerit ni. Ok….relax Farah. Be professional. Ok!! Aku berkata dalam diriku. Aduh…mata-mata..tenanglah kau. Jangan nak mengada-ada depan klien ni.

Adlee memandangku tanpa berkedip matanya. Pelik juga aku. Takkan aku ni cantik kot. Tapi, manis tu adalah. Ish…jangan nak perasan la kau Farah. Dia bukan pandang kau lah. Kot-kot dia tengah berfikir ke sebab tu dia tengok kau. Aku berlagak tenang.

“ Yes..Encik Adlee..apa yang saya boleh bantu awak?” soalku tenang. Dalam hati sudah macam-macam muzik ada.

“ Ok. Just straight to the point. I don’t want to waste my time here. Look..my mother maybe have told you before. So, you know that right now I’m 30 years old. Mama saya cakap yang syarikat ni memang pakar kalau bab-bab cari jodoh ni. So, awak boleh la mulakan sesi temuduga awak.” Adlee berlagak sombong.

Laaa….apasal tak cakap terus bahasa inggeris. Aku ingat dia ni tak reti cakap Melayu. Nasib baik pandai juga dia. Aku sudah mula menilik perwatakannya. Saat dia melangkah mauk ked ala bilikku, semuanya aku perhatikan. Tapi…tak lah ketara sangat. Boleh tahan juga klien aku kali ini. Cakap memang direct habis. No belok-belok…

“ Baiklah. Kita mulakan dengan latar belakang awak dan jufa family awak?” ucapku tenang.

“ Bukan ke saya dah bagi profil diri saya pada awak.” Adlee memang tidak suka jika ditanya banyak kali jika sudah ada jawapannya.

“ I know Encik Adlee. But… I need you to tell me about yourself first. Just tell me.” Ambik kau…aku pun nak tunjuk sikit la bakat aku bercakap bahas inggeris. Ingat aku tak pandai. Bolehlah daripada tak ada…

“ Ok. My name is Adlee Mukhriz bin Mokhtar. Umur 30 tahun..kerja saya businessman syarikat perkapalan A.M TRADE..hobi..main golf, tunggang kuda. Ibu saya Datin Sri Aminah Sofea binti Ahmad Azman. Ayah saya baru tahu lepas dah meninggal dunia. So, sekarang ni sayalah yang menguruskan syarikat tu. “ ujar Adlee panjang lebar. Lelaki ni macam tak ada perasaan je. Cakap macam robot.

“ Lagi?” soalku. Adlee menaikkan keningnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience