Bab 2

Romance Completed 13074

ADLEE MUKHRIZ

“ Mama nak Ad kahwin tahun ni juga. Kalau tak biar Mama yang carikan sendiri Ad calon isteri. Sama ada Ad setuju atau tak, Mama tak kira.” Geram Datin Sri Aminah dengan sikap anak lelakinya yang lebih mementingkan kerja berbanding kehidupan peribadinya. Umur sudah mencecah usia 30 tahun. Sepatutnya usia sebegitu sudah layak bergelar seorang ayah. Anak kawan-kawan Datin Sri Aminah kebanyakan semuanya sudah berkahwin. Kalau ada yang bujang pun..itu pun boleh dibilang dengan jari.

“ Mama…Ad belum sedia nak kahwin lagi.” ujar Ad yang tidak berpuas hati dengan sikap Mamanya. Bukan hari ini sahaja dia selalu dileteri. Hampir setiap hari Ad selalu saja ditanya soal kahwin. Rimaslah bila ditanya soalan bab-bab kahwin ini.

“ Kamu ni..sampai bila lagi kamu nak hidup membujang? Tu kawan kamu, Fakrul tu sudah ada anak 3. Tak lama lagi nak masuk 4. Ish…Mama kepingin sangat nak cucu. Mama cuma ada seorang sahaja. Itu sahaja permintaan dari mama. Please…tolonglah tamatkan zaman bujang kamu tu.” Rayu Mama. Alahai…ini yang aku tak tahan ni.

Aku mana boleh melukakan hati Mama. Aku tahu Mama sudah berkorban banyak untuk aku mencapai tahap sekarang ini. Sejak kematian Papa tahun lepas, syarikat perkapalan yang kami usahakan terpaksa aku uruskan.

“ Ala….mama ni..belum sampai lagi jodoh Ad la. Biarlah dulu Ma.” Pujukku.

“ No! Selama ini mama rasa mama dah bagi kamu cukup masa untuk uruskan syarikat arwah papa kamu. So, this time I want you to listen. Mama nak kamu kahwin juga tahun ini. Muktamad!”

Puan Sri Aminah tiba-tiba menhulurkan sekeping kad berwarna kuning emas kepadaku. Aku menilik kad itu. Aku membacanya. MILLIONAIRE MATCHMAKER COMPANY…aku dapat menganggak bahawa ini pasti syarikat pencari jodoh.

“ Ad..kamu ambil kad ni and the mama nak kamu pergi ke syarikat tu. Mama nak kamu jumpa pakar pencari jodoh di sana. Biar mereka yang uruskan untuk kamu.”

“ What ?? Mama, nak cari isteri ni bukannya senang ma. Bukannya macam tukar baju. Mama ni agak-agaklah sikit kalau nak suruh Ad pergi kat sini. Macam desperate sangatlah Ad ni nanti.”

“ Yes you are. Memang dah terdesak ni. Mama tak kira. Yang penting besok, Ad perlu datang ke syarikat ini. mama dah buatkan appointment untu kamu. Mama juga dah uruskan segala maklumat diri kamu untuk dihantar ke syarikat tu.”

Wah…mama aku ni memang advance bab kahwin ni. Serius..aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. aku buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience