Bab 12

Romance Completed 13074

“ Aku terima nikahnya Farah Aleeya binti Farhan dengan mas kahwinnya RM2000 tunai.” Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Adlee Mukhriz.

Aku duduk di birai katil menunggu kedatangan suamiku yang tercinta. Seronoknya..akhirnya aku dapat juga menamatkan zaman bujangku tahun ini. Walaupun mak tidak bersetuju pada mulanya, tapi akhirnya setelah Adlee menjelaskan hal yang sebenar..barulah mak menerimanya. Aku dengar pun si Airil tu dah pun berkahwin.

Baguslah..Puan Maria pun mulanya agak terkejut mendengar yang aku akan berkahwin dengan Adlee. Ya lah…aku yang ditugaskan untuk mencari calon isterinya..tapi aku pulak yang berkahwin dengannya.

Nita pula cemburu dekat aku sebab dapat kahwin dengan anak jutawan la katakan. Belum ada rezeki la si Nita tu nak berkahwin. Tak pe dia pun masih muda lagi tu.

Pintu bilikku dikuak. Adlee tersenyum manis memandangku. Aku boleh terus pengsan ni kalau tengok dia senyum macam tu. Bertambah hansem pulak..oppss..terlebih sudah..
Adee membawaku ke luar balkoni bilik untuk menikmati pemandangan malam .Adlee merangkul pinggangku lalu memelukku dengan penuh kasih sayang. Aku membalas pelukannya.

“ Sayang…I always love you until forever.” Ucap Adlee padaku.

“ I also love you more until forever.” Balasku.

Terima kasih Allah kerana telah memberikan aku kebahgiaan sebegini. Tak sangka jodohku akan datang kepadaku dengan cara yang agak unik. Unik ke? Boleh la daripada tak ada…jodoh itu akan hadir bila kita sudah bersedia menerimanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience