Bab 11

Romance Completed 13074

ADLEE tidak dapat menahan sabar lagi. Sakit hatinya bila melihat Farah diperlakukan seperti itu di depan matanya. Melihatkan air matanya sahaja membuatkan Adlee sedih sekali.

“ Bukkkk” satu tumbukan kuat dihadiahkan Adlee kepada pipi Airil. Airil tertolak ke belakang dan terjatuh.

“ Leeya..awak tak apa-apa ke? Awak ok?” soal Adlee yang cukup risau melihat Farah yang sedang menangis.

“ Saya ok. Terima kasih sebab sudi tolong saya.”

“ Hoi..kau ni siapa hah..nak ganggu aku dengan Farah?”

“ Aku bakal suami dia. Faham!! Mulai hari ni, kau jangan ganggu Farah lagi. Kalau aku tahu kau ganggu Farah lagi, aku akan pastikan kau tak boleh cari makan kat Malaysia lagi. “ bentak Adlee.

“ Pengawal…pengawal…bawa keluar lelaki tu.” Arah Adlee.

Aku agak terkejut mendengar penjelasan Adlee sebentar tadi. Bakal suami? Bila pulak dia jadi bakal suami aku ni?” Aku dan Adlee berjalan keluar menuju ke kawasan parker kereta.

“ Err…Encik Adlee..terima kasih ya sebab tolong saya tadi. Kalau Encik Adlee tak ada tadi..tak tahulah apa nasib saya di sana.” Ucapku tanpa memandangnya. Aku masih malu dengan kejadian tadi.

“ Tak apa la. Lagipun kebetulan saya berada di sana untuk berjumpa dengan calon isteri yang awak aturkan. Tapi..malangnya..dia tak datang.” Jawabnya tenang.

“ Oh..ya ke. Tak apa..awak..saya masih ada dua calon lagi. Nanti saya beritahu awak.”

“ Saya rasa tak payah la lagi awak buat semua tu. Saya rasa saya dah jumpa calon isteri yang saya nak.”

Adlee berhenti berjalan. Aku pun automatik berhenti. Adlee tiba-tiba berdiri menghadapku. Hatiku berdegup kencang tiba-tiba. Namun, hatiku sedikit kecewa dengan apa yang baru sahaja Encik Adlee luahkan. Dia kata dia dah jumpa calon isteri yang dia nak. Siapa la wanita yang bertuah tu?

“ Kenapa Encik Adlee berhenti?” soalku.

“ Farah Aleeya….sudi tak awak menjadi suri dalam hidup saya?” luah Adlee dengan tenang sambil memandangku. Aku terpana seketika.

“ Emmm…apa yang Encik Adlee cakap ni? Saya tak faham.”jawabku. Namun, hatiku sudah menjerit separuh gila mendengarkan kata-kata romantic dari Encik Adlee tadi.

“ Leeya…saya serius ni. Masa saya cakap tadi didepan lelaki tu, saya memang ikhlas nak jadikan awak sebagai isteri saya. Sebenarnya, Leeya..I actually fall in love with you at first sight. I don’t know why I feel like that way when we first met. Saya cintakan awak Farah Aleeya.” Adlee meluahkan isi hati yang selama ini terpendam. Puas sudah Adlee menahan rasa cintanya sebelum ini dengan bersetuju untuk berjumpa dengan gadis lain. Namun..semua itu semakin menguatkan lagi rasa cintanya pada Farah Aleeya.

Aku menjadi malu di depannya. Tiba-tiba je dia meluahkan perasaannya kepadaku. Terasa diri ini amat bahagia sekali. Aku merenung matanya melihat tanda keihlasan darinya. Aku senyum padanya. Aku mengangguk tandaku setuju.

Adlee menjerit keriangan. Macam orang tengok bola daa..

“ Terima kasih Leeya sebab sudi terima saya. Saya janji saya akan bahagiakan awak seumur hidup saya. I love you.” Ucapnya lagi. Aku menitiskan air mata kegembiraan buatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience