Bab 10

Romance Completed 13074

TIBA-TIBA…riak wajah Airili berubah seratus peratus. Tiada lagi sanyum di bibirnya. Tiada lagi mata yang menggoda. Cuma hanya ada satu riak muka yang agak bengis. Matanya memandang tajam kepadaku. Tanganku menjadi seram sejuk dibuatnya.

“ What?? Kenapa awak cakap macam tu? Saya ni tak layak ke jadi bakal suami awak! Saya rasa mak awak belum beritahu lagi kot. Perjumpaan ini adalah menandakan bahawa awak setuju untuk menjadi isteri saya!” suara Encik Airil tiba-tiba meninggi kepadaku. Aku cukup terkejut melihatnya. Ternyata benar tekaanku. Sikapnya yang tadi lemah lembut hanya untuk mengambil hatiku sahaja.

“ Apa yang awak cuba cakap ni Encik Airil. Saya datang ke sini adalah untuk berkenalan sahaja terlebih dahulu. Encik Airil janganlah salah faham. Saya harap Encik Airil bawa bertenang. Saya rasa perjumpaan kita hari ini cukup setakat di sini sahaja. Saya tak nak jumpa Encik Airil lagi. Assalamualaikum.” Ucapku. Geram pulak aku melihatnya yang cuba mendesak aku untuk menerimanya.

Aku bingkas bangun untuk meninggalkannya. Namun, aku dapat merasakan pergelangan tanganku dipaut kasar oleh seseorang. Orang itu ialah Encik Airil. Wah…ini sudah lebih ni. Ini boleh menaikkan kemarahan aku. Sia-sia aku menahan geram, karang tanganku yang melayang ke mukanya.

“ Apa Encik Airil buat ni? Sakitlah!! Lepaskan sakarang juga.” Arahku keras padanya.

“ Tidak!! Kalau saya lepaskan…awak tak nak jumpa saya lagi kan. “

“ Hey…awak ni haram memegang seorang wanita yang bukan muhrimnya. Lepas lah!!” jeritku sedikit tinggi.

Aku sudah tidak peduli orang yang memandang kami. Biarlah mereka melihat drama reality ini di depan mereka. Aku berharap ada seseorang dapat membantuku.

“ HEYY..lepaskan tagan dia sekarang juga!!” satu suara garau yang tidak ku kenali cuba untuk menolongku. Aku segera memandang ke arah suara itu.

“ Adlee!!” aku menjerit namanya. Air mata yang ku tahan dari tadi akhirnya jatuh juga.

“ Kau ni siapa pulak nak ikut campur? Kau tak payah nak halang aku. Ini masalah aku dengan isteri aku!!” bentaknya pada Adlee. Aku laju menggeleng menafikan kata-katanya.

“ Bukan Adlee. Dia ni bukan suami saya. Saya cuma datang untuk berjumpa dia. Family saya yang aturkan.” Ucapku sedih.

“ Farah..kau jangan nak mengada-ada. Aku boleh call mak aku sekarang juga yang kau setuju nak kahwin dengan aku. Kau faham!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience