Bab 3

Romance Completed 13074

PROFIL KLIEN NO.25

NAMA: ADLEE MUKHRIZ DATO SRI MOKHTAR
UMUR: 30 TAHUN
KERJAYA: AHLI PERNIAGAAN
SYARIKAT : SYARIKAT A.M TRADE
HOBI : BERMAIN GOLF DAN MENUNGGANG KUDA

Aku membaca profil seorang klien ku hari ini. Puan Maria kata klien kami yang kali ini agak sukar sedikt nak cari pasangannya. Kalau nak diteliti daripada latar belakangnya saja memang terbuntang mataku melihat. Ini dah sah-sah anak jutawan ke lebih lagi. Wajah yang kacak..duit berkoyan..syarikat berlambak. Klien aku kali ini memang the most eligible bachelor la. Siapa la yang sesuai untuk menjadi pasangannya atau kata lain sebagai isterinya.

“ Hai..boleh masuk.” Sapa Nita padaku.


“ Emmm…masuklah. Buat apa kau berdiri kat luar tu.” Ajakku.

“ Aku dengar kau dapat klien yang agak susah kali ini. Betul ke?”

“ Well…as you can see..kau boleh baca profil klien aku ni. Gerenti kau baca banyak kali.” Aku menghulurkan portfolio klien ku padanya. Nampaknya, hari ini klien aku adalah lelaki. Selalunya semua yang datang pada ku, mesti perempuan. Jarang-jarang ada lelaki ini.

“ Fuyooooo…ini durian runtuh aku ni kalau dapat jadi suami aku ni.” jerit Nita yang teruja membaca profil klien ku itu. Sudah ku agak reaksi daripada Nita. Terlebih sudah…

“ Kan aku dah cakap tadi. Mesti kau surprise punya..” ucapku dengan tenang. Pada hal dalam hati, berdebar-debar juga lah. First time aku terima klien jutawan lelaki yang macam ni. Sekali pandang fotonya, memang tersemat terus dalam otak aku ni. Kalau kat computer memang dah lama aku save gambar dia.

“ Betullah kau cakap. Hansem sangat. Dari mata turun ke hati…kalau kau tak boleh deal nanti, kau pass je kat aku. Mana tahu aku ada jodoh dengan dia.” Nita ketawa.

“ Ewah-ewah..minah ni. Dia pulak yang over. Keluarlah. Aku nak selidik lagi latar belakang dia ni. Nanti jam 2 petang, dia datang tau. Nanti, aku tak bersedia pulak.”

“ Eleh…mentang-mentang nak jumpa jutawan muda lagi kacak la katakan…tapi bagus juga tu. Kau pun belum kahwin. Umur dah 29 tahun. Sepatutnya dah kahwin. Mungkin dia jodoh kau kot. Tu lah kau dapat jumpa dia hari ni.” Nita segera bangun selepas mengenakan aku.

Aku tahulah aku ni dah tua. Tua ke kalau 29 tahun. Ehm…bagi aku kalau tak masuk angka 3 tu…tak tua la kot. Tapi asalkan hati kita muda…umur pun bukannya ukuran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience