Bab 4

Romance Completed 13074

Adlee merenung bangunan tinggi yang tersergam indah di hadapannya. Inilah dia syarikat pencari jodoh tu. Semalam Datin Sri Aminah sudah mengingatkannya bahawa dia wajib datang ke sini. Kalau tak memang seharian la aku kenal leter oleh mama. Saat kaki Adlee melangkah masuk, banyak mata yang memerhatikannya. Adlee sudah biasa dengan keadaan itu.

Adlee masuk menuju ke dalam lif. Adlee menunggu dengan tenang. Adlee berfikir sejenak. Nanti kalau matchmaker tu tanya aku macam-macam soalan, apa aku nak jawab? Pintu lif terbuka. Adlee melangkah keluar dari lif dengan penuh bergaya. Siapa yang memandangnya pasti akan jatuh cinta. Tapi, bagi Adlee tidak bagi dirinya. Adlee tidak akan sebegitu mudah untuk jatuh cinta.

“ Assalamualaikum. Cik Farah Aleeya ada? Saya datang sebab dah ada buat temujanji.” Ujar Adlee dengan tenang. Mata gadis yang menjaga kaunter langsung tidak berkedip saat memandangnya. Bagai dipanah cinta saat mata bertentang dengan matanya. Tambahan lagi, bila Adlee senyum kepadanya. Alamat tidur tak lena la malam ni.

“ Wa….waalaikumsalam. Nama encik siapa?” soal Siti agak gagap. Pantang tengok lelaki hansem..pasti control habis punya.

“ Adlee Mukhriz Dato Sri Mokhtar” ucapnya lembut. Hai…bertambah gundah dibuatnya Siti mendengarkan suara milik Adlee.

“ Ok. Encik Adlee, tunggu sekejap. Saya call Cik Farah dulu.”

“ Hello..Cik Farah. Klien Cik Farah yang bernama Encik Adlee Mukhriz Dato Sri Mokhtar dah pun sampai. Sekarang ni dia ada di kaunter pertanyaa.”

“ Hello..baik. Awak tolong dia bawa masuk ke dalam bilik saya sekarang.” Arah Cik Farah dengan lembut.

“ Encik Adlee..mari ikut saya. Saya akan tunjukkan bilik Cik Farah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience