Bab 7

Romance Completed 13074

Adlee tiba-tiba menayangkan gambar calon ketiga itu kepadaku. Terkejut beruk aku. Maybe beruk pun kalah tengok aku sekarang ni. Aku rasa macam nak menjerit saja. Macamana pulak gambar aku boleh terselit ke situ. Malunya…sure aku tak boleh pandang dia sekarang ni. Habis merah padam muka aku menahan malu. Adlee tidak dapat menahan ketawanya. Akhirnya Adlee ketawa sakan.

“ Err…maaf..maaf…saya tak sengaja letak gambar saya. Nah..ini gambar calon yang ketiga tu.” Aku cepat-cepat mengambil gambarku yang berada di tangannya lalu menukarnya dengan gambar yang sebenarnya. Kalut aku dibuatnya. Kurang asam betullah. Sampai hati dia ketawakan aku. Kau ingat aku hadap sangat dengan kau tu.

“ It’s okay. Saya tak kisah juga kalau awak sudi nak jadi calon isteri saya.” Adlee sengaja mengusik Farah yang sudah kelihatan macam cacing kepanasan. Adlee suka melihat riak wajah Farah yang agak kelam kabut bila disakat olehnya.

Ish…dia ni main-main pulak dengan aku. Siot betullah. Kau nak main-main dengan aku ya. Ok..aku sahut cabaran kau. Kau tengok apa aku akan buat. Farah cuba mengawal emosinya dan senyum pada Adlee. Adlee terpesona sejenak melihat kemanisan senyuman yang dilemparkan oleh Farah kepadanya. Berdebar-debar Adlee memandang Farah.

“ Betul ke awak tak kisah? Kalau saya jadi antara calon isteri awak tu?” Farah sengaja menguji kebenaran kata-kata Adlee sebentar tadi padanya. Adlee agak terkejut mendengarnya namun Adlee bijak untuk mengawalnya. Adlee senyum.

“ Sure. Why not?” sengaja Adlee bermain kata-kata. Kalau macam ni..dua-dua tak nak mengalah. Tengok siapa dulu yang tewas.

“ Ehm…Encik Adlee ni..saya hanya bergurau saja lah. Ok la. Setakat di sini saja perbincangan kita hari ini. Nanti..saya akan uruskan perjumpaan Encik Adlee dengan calon-calon isteri Encik Adlee. Saya rasa itu sahaja untuk hari ini. Baiklah..Encik Adlee boleh beredar sekarang.”

Tiba-tiba, hati Adlee berasa kecewa mendengar kata-kata daripada Cik Farah itu tadi. Tapi..untuk apa dia berasa kecewa?

“ Ok lah. Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk saya. Terima kasih sekali lagi. Kalau ada apa-apa, just call me.” Adlee berlalu membawa hati yang kesal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience