Puteri Santubong turun ke darat lagi, kali ini bukan kerana urusan membeli kain tapi sengaja untuk berjalan-jalan. Dia tidak ditemani oleh pengawal sebagai mana adiknya. Untuk kali ini dia mengenakan pakaian serba ringkas seperti pakaian orang-orang kebanyakan. Bertujuan untuk menyamar.
Sudah pasti dia tidak berjalan jauh. Tempat yang ingin dia kunjungi ialah rumah makcik penenun kain. Sampai sahaja dirumah makcik tersebut, dia bertembung dengan lelaki yang sudah lama diintainya dari jauh. Hatinya berdegup laju. Mukanya bertukar merah. Dia tunduk kebawah.
“Mengapa begitu kuat penampilannya sehingga membuat aku tertunduk lemah memerhati lantai tanah ini?”
Puteri Santubong bersuara kecil.
“Ya? Tuan hamba mencari siapa? Adakah tuan hamba mencari ibu hamba?”
Tanya Raikal.
“Ah..ah ya..um..”
Tersangkut-sangkut Puteri Santubong menjawab.
“Maaflah, ibu hamba tiada pada ketika ini. Dia keluar ke pekan.” Jelas Raikal.
“Jika begitu tidak mengapalah..”
Jawab Puteri Santubong perlahan.
“Okey..”
Jawab Raikal sepatah. Puteri Santubong mengeluh. Hendak sahaja Raikal bergerak dari situ, Puteri Santubong cepat-cepat menangkap tangan Raikal. Raikal sedikit terkejut.
“Ji..jika..awak tak keberatan..awak temani saya jalan-jalan?”
Tanya Puteri Santubong.
“Err..teman?” Tanya Raikal.
“Sa..saya..maafkan saya…”
Santubong menutup muka malu. Raikal berkerut melihat reaksi Santubong. Kemudian dia ketawa.
“Tak mengapalah…patik temankan tuan puteri.” Ujar Raikal.
Santubong lihat wajah Raikal hairan.
“Awak tahu?” Tanya Santubong.
“Siapa yang tidak mengenali Puteri yang cantik ini. Seluruh rakyat begitu bertuah memiliki puteri secantik tuan puteri.”
Muka Puteri Santubong bertambah merah. Mana tidaknya dipuji oleh jejaka idamannya.
“Tidak mengapakah jikalau saya hanya berbahasa seperti ini. Maksud saya tidak berbahasa istana?”
Tanya Puteri Santubong.
Raikal senyum.
“Tuan Puteri boleh buat apa sahaja yang tuan puteri mahukan. Siapa saya untuk menghalang segala perbuatan puteri dari kayangan?”
Santubong turut senyum.
Share this novel