BAB 5

Romance Completed 5716

Maka selepas itu, Raikal menemani Puteri Santubong bersiar-siar. Alangkah girangnya Santubong ditemani Raikal. Hatinya bertambah berbunga. Inilah saat yang dia nantikan. Pulang sahaja diistana, dia mendapatkan Sejenjang lalu diceritakan mengenai dia bersama jejaka tersebut keluar bersiar-siar.

Sejenjang turut sama gembira apabila melihat Santubong yang begitu cerita, dan bersinar-sinar.

Raikal membaringkan tubuhnya di ruangan tamu. Fikirannya melayang. Dia memikirkan wajah Puteri Santubong yang cantik bak bulan mengambang. Dia tersengih seorang diri. Sudah gila bayang agaknya

“Coih! Apa kena dengan aku ni?”

Raikal berkata didalam hati.

“Raikal! Wakil dari istana ingin bertemu!”

Jerit ibunya dari luar.

Raikal segera bangun lalu menuju ke luar. Dilihatnya 10 orang wakil hadir dihadapan rumahnya. Raikal berkerut.

“Putera Serapi, mohon patik perjelaskan. Tuanku ayahanda putera inginkan Putera membuat rundingan bersama Raja Kayangan.”

Jawab salah salah seorang dari rombongan tersebut.

“Hah..aih..ayahanda ni pun satu hal. Hal istana tidakkah dia boleh selesai kan sendiri? Mengapa mesti aku?”

Rungut Raikal.

“Ini kerana, jika perundingan ini berjaya, tuanku raja ingin menikahi Putera Serapi dengan salah seorang puteri kayangan.”

“Apa? Jap..jap..suka-suka plak. Tak tanya aku dulu.” Jawab Raikal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience