Sejak dari hari itu Santubong menyimpan hasrat hatinya. Cintanya pada seorang lelaki biasa semakin hari semakin mendalam.
Dan pada suatu hari Puteri Sejenjang turun darat. Sejenjang adiknya Santubong turun kerana ingin mendapatkan padi. Dia bersama-sama beberapa pengawalnya singgah di sebuah rumah. Sejenjang sikapnya agak nakal, dan pada ketika dalam rundingan bersama seorang petani, Sejenjang menyusup lari.
“Wah..hihi. Jika tidak kerana aku lari sudah pasti aku tidak merasai mandi di tasik ini.”
Sejenjang monolog.
Dia menuju ke sebuah tasik. Jauh dari kawasan penempatan. Sejenjang segera menanggalkan kan pakaiannya lalu masuk kedalam tasik. Dalam kelekaan mandi, Sejenjang terdengar bunyi yang agak bising dari dalam hutan berhampiran. Cepat-cepat Sejenjang naik lalu memakai kembali pakaian.
“LAri!!! LAri Wei!!! Babi hutan kejarrr!!!!!”
Tiba2 muncul keluar seorang lelaki dari dalam hutan. Terpinga-pinga Sejenjang dibuatnya.
“Hah? Apa?”
Sejenjang hairan. Lelaki tersebut terus mendukung Sejenjang. Lalu dibawa naik atas pokok.
“Apa yang kamu buat nii?”
Marah Sejenjang. Lelaki tersebut mengisyaratkan supaya diam. Seketika kemudian, babi hutan muncul, mencari-cari lalu masuk kembali dalam hutan.
“Hehe, babi bodoh.”
Gelak lelaki tersebut. Lalu dia terjun dari pokok.
“Ehem..hem!! Awak nak biarkan beta duduk atas ni ke?”
Marah Sejenjang lagi
“Oh…tak boleh turun sendiri ke? Bukan tinggi mana pun.”
Sindir lelaki tersebut Sejenjang mencebik.
“Awak tahu tak siapa beta?!”
“Anak dara yng manja?”
Jawab lelaki tersebut selamba.
“Ishhh!!! Bukanlah!! Beta ni Puteri Sejenjang! Anak kepada Raja Kayangan!”
Jawab Sejenjang dengan penuh amarah. Lelaki tersebut terus jadi pucat.
“Er..ehe..kenapa tak bagitau awal2..?”
Terus dia membantu Sejenjang turun.
“Ehe patik Raikal. Anak kepada seorang penenun kain. Kalau2 tuan puteri mahu membeli kain-kain yang cantik boleh la beli pada ibu patik.”
Terus mesra Raikal kerana mengenali status Sejenjang.
“Beta, tidak berkenan pada kain tapi jika kakanda beta pasti dia sangat menyukainya.”
Jawab Sejenjang
“Haa cantik sangat la tu. Beli lah untuk kakanda tuan puteri. Beli sepuluh dapat less 10 %”
Raikal cuba berjenaka.
“Awak ni rupa kacak, tapi macam tak berotak. Dasar lelaki kebanyakan.”
Angkuh Sejenjang.
Maka tidak lama kemudian jumpalah pengawal Sejenjang.
“Tuan Puteri!!! Kenapa Tuan Puteri lari?! Kalau tuan puteri hilang apa yang kami nak cakap pada tuanku raja?”
“Huh..beta cuma mahu mengambil angin.”
Jawab Sejenjang.
“Tuan Puteri, patik rasa eloklah tuan puteri jangan menyusahkan pengawal-pengawal tuan puteri.”
Ujar Raikal.
Puteri Sejenjang menarik muka masam. Melihat wajah Raikal dalam-dalam. Benci dia melihat lelaki ini. Adakah patut lelaki yang datang dari golongan kebanyakan ini menasihatinya yang merupakan dewi puteri kayangan?
“Biadap! Siapa suruh kamu menasihati beta? Kamu tidak takut mati kah?”
Ugut Puteri Sejenjang.
“Tataaa Tuan Puteri! Patik baru teringat, patik ada hal hendak diuruskan tadi! Tuai padi antara masak…”
Sedar-sedar sahaja Raikal sudah berada jauh dari Puteri Sejenjang bersama pengawalnya sambil itu dia bersiul-siul menyanyi lalu dia memecut lari.
“Se..sejak bila pula dia berada jauh dari beta!?”
Tercengang Puteri Sejenjang.
“Ah..lupakan. Jom kita balik.”
Share this novel