“Kakanda taukah, adinda juga sudah jatuh cinta.”
Ujar Puteri Sejenjang.
“Jadi siapakah lelaki bertuah yang memiliki cinta adinda?”
Tanya Puteri Santubong. Sejenjang memegang kedua bahu Santubong. Mukanya begitu ceria. Jelas perasaan cinta sudah menebuk didalam hati Sejenjang.
“Raikal! Namanya Raikal. Seorang putera dari Matang. Disana mereka memanggilnya Putera Serapi.”
Jelas Puteri Sejenjang.
“Oh.”
Puteri Santubong terdiam. Kemudian dia senyum.
“Baguslah, jangan dilepaskan lelaki seperti ini. Kakanda mendengar khabar dia seorang lelaki yang hebat.”
“Ya! Terima kasih kakanda Puteri Santubong. Jadi orang yang kakanda suka itu sudah kakanda khabarkan perasaan?”
Tanya Sejenjang.
“Kakanda usah khuatir, percintaan kakanda bersama dia pasti adinda rahsiakan dari pengetahuan ayahanda.”
Air muka Puteri Santubong bertukar. Kalau lah Sejenjang mengetahui bahawa mereka mencintai orang yang sama.
Keesokan harinya Santubong bersiar-siar di taman istana. Terserempak pula dengan Putera Serapi di situ jua.
“Oh, apa gerangannya putera duduk disini?”
Tanya Puteri Santubong lembut.
Terkejut dengan kehadiran Santubong, namun dia cepat-cepat mengukir senyuman.
“Asalnya hamba mahu berjumpa dengan ayahanda tuan puteri. Namun, hamba tidak bersedia.” Jelas Raikal.
Puteri Santubong duduk disebelah Raikal. Wajahnya memaling kehadapan. Ditenung jauh tiada penghujung.
“Hamba juga mengerti…”
Ujar Puteri Santubong lemah. Air mata menitis
“Puteri Santubong..” Ujar Raikal.
Raikal mengusap air mata yang mengalir di pipi Santubong.
Dalam pada itu Puteri Sejenjang turut bersiar-siar. Apabila terlihat Puteri Santubong bersama lelaki pujaan hatinya itu maka terkejut lah dia. Dia mula menyirap. Namun dia tidak segera menyergah.
Share this novel