BAB 7

Romance Completed 5716

Seperti biasa pada petang hari Raikal akan masuk ke hutan. Dia sudah menjadi hobinya untuk meneroka hutan belantara. Sikapnya Raikal adalah seorang yang gemarkan pengembaraan. Tapi kali ini sebelum sempat dia masuk, dia sudah bertembung dengan puteri Sejenjang.

“Uik..ei Puteri! Lari lagi ke?” Jerit Raikal dari jauh.

Puteri Sejenjang melihat Raikal. Wajahnya menjadi tidak senang.

“Apa masalah kamu ni? Beta lari atau tidak bukan urusan orang kebanyakan macam kamu!” Marah Sejenjang

“Tapi.. tuan put..”

Belum sempat Raikal menghabiskan kata-kata, bunyi hentaman kaki-kaki kuda begitu kuat menuju arah mereka. Raikal terdiam sebentar.

Puteri Sejenjang dengan itu lantas mendapatkan Raikal lalu menarik bersama masuk kedalam hutan.

“Kamu cepat sorok beta! Beta tidak mahu ditemui oleh mereka!”

Gelisah Puteri Sejenjang.

“Tak elok wahai tuan puteri nak lari dari rumah…” Jawab Raikal.

Bunyi kuda semakin hampir. Melihat wajah Puteri Sejenjang. Raikal menjadi tidak sampai hati. Dia mengeluh.

“Yalah..yalah,,cepat..patik tahu suatu tempat yang boleh kita menyorok.”

Raikal membawa Puteri Sejenjang ke suatu tempat yang selamat.

“Okey sekarang ceritalah. Patik taknak pula bertanggungjawab atas perkara yang patik tidak ketahui.”

Desak Raikal.

Puteri Sejenjang berkerut muka. Lalu tiba-tiba dia menangkup mukanya. Dia menangis.

“Laaa kenapa nangis plak nih. Nyamuk gigit ke?”

Tanya Raikal serba salah.

“Bukan lah bodoh! Beta..beta dipaksa kahwin bersama seorang panglima.”

Cerita Puteri Sejenjang.

“Teruk juga ni..dipaksanya kahwin.”

Raikal mengeleng kepalanya.

“Sebab itu la beta lari daripada berkahwin dengan Si Panglima itu. Lebih baik Beta mati sahaja.”

“Patik rasa lebih baik tuan puteri jangan emotional sangat. Patik ada penyelesaian.”

Raikal mula membawa bibit harapan pada puteri Sejenjang.

Muka Puteri Sejenjang mula bersinar.

“Benarkah??”

“Tapi apapun tuan puteri kena berjanji pada patik. Tuan puteri kena kembali kepada istana. Hal mengenai perkahwinan tuan puteri pasti patik akan selesaikan.” Ujar Raikal.

“Boleh kah beta percaya kepada orang kebanyakan seperti kamu? Apa yang kamu mampu buat?”

Puteri Sejenjang ragu-ragu.

“Baiklah jika tuan puteri merasa ragu dengan patik, kita buat perjanjian seperti ini. Patik gadaikan dengan nyawa patik sendiri jika perkahwinan tuan puteri bersama panglima itu tidak terbatal.”

Raikal cuba menyakinkan puteri Sejenjang.

“Apa yang membuatkan kamu begitu yakin sehingga sanggup menggadaikan nyawa sendiri? Tidak kah kamu takut mati? Atau kamu fikir beta tidak mampu membunuh kamu!?”

Tanya Puteri Sejenjang.

“Jika tuan puteri tidak mampu membunuh saya sekalipun, saya sendiri yang akan mencabut nyawa saya sendiri. Ini kerana maruah saya untuk mengotakan janji telah saya calarkan.”

Raikal berterusan untuk menyakinkan puteri Sejenjang. Padahal dalam hatinya bukanlah terniat untuk dia membunuh diri namun ianya lebih kepada menguatkan hujahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience