BAB 8

Romance Completed 5716

Akhirnya Puteri Sejenjang bersetuju untuk kembali ke istana. Di istana dia berasa sangat lah risau jikalau Raikal hanya menipunya hanya kerana menghendaki dia pulang ke istana.

Dua dan tiga hari kemudian. Puteri Sejenjang semakin resah. Tidak nampak tanda-tanda seperti perkahwinan ini akan dibatalkan. Dalam hati Puteri Sejenjang sudah berbisik.

“Dasar lelaki penipu! Beta benci kamu!!”

Lalu menangislah puteri sejenjang diatas katil. Puteri Santubong terdengar suara tangisan itu, lantas dia memasuki kamar Puteri Sejenjang.

“Mengapa menangis wahai adinda?”

Tanya Puteri Santubong. Puteri Sejenjang terus memeluk tubuh Puteri Santubong.

“Adinda tidak mahu berkahwin….”

Teresak-esak Puteri Sejenjang.

Puteri Santubong mengurut belakang Puteri Sejenjang sambil senyum.

“Tidak, adinda tidak akan berkahwin. Perkahwinan itu sudah dibatalkan.”

Puteri Sejenjang terkejut lalu dia melihat wajah Puteri Santubong.

“Benarkah kakanda?”

Puteri Santubong mengangguk. Lalu giranglah Puteri Sejenjang. Keesokan harinya Sejenjang mencari Raikal. Dilihatnya Raikal sedang memunggah kayu-kayan yang dibawa dari hutan. Terus Sejenjang menghampiri Raikal.

“Beta hendak berterima kasih kerana telah membantu beta…”

Ucap Puteri Sejenjang.

“Tapi bagaimana kamu lakukan?”

Hairan Puteri Sejenjang.

“Jangan difikirkan. Janji tuan puteri tidak berkahwin.” Jawab Raikal.

“Beritahu la pada beta..”

Rayu Puteri Sejenjang.

“Ala..tuan puteri ni..”

Tiba-tiba mata Raikal terbeliak.

“Kenapa kamu?”

Tanya Puteri Sejenjang melihat air muka Raikal.

“Jadi inilah dia Putera Serapi yang dikatakan menyamar menjadi orang kebanyakan? Sudahlah pula mencampuri urusan kahwin aku!”

Suara yang muncul secara tiba-tiba.

Puteri Sejenjang memaling kepalanya kebelakang. Terkejut melihat Panglima Putih bersama konco-konconya.

Raikal mengetap bibir.

“Jika kamu mahu mencari pasal hanya pada beta sahaja! Jangan ganggu tuan puteri!” Rayu Raikal.

Panglima Putih turun dari kudanya. Lalu menangkap Puteri Sejejang merapati dadanya.

“Tuan puteri, maaf kan patik. Tuan puteri bertenang sahaja. Patik akan selesaikannya secepat mungkin.” Ujar Raikal.

Dua orang konco mula menyerang Raikal. Raikal dengan pantas menyerang betis salah seorang darinya sehingga kaki orang itu bengkok kedalam. Sepantas kilat Raikal menumbuk muka orang yang kedua sehingga menghmbur darah keluar dari hidungnya.

Orang ketiga dan keempat pula cuba menyerang Raikal.

Orang ketiga melepaskan tumbukan, namun sekali lagi. Selaju kilat Raikal menangkap tangan orang ketiga tersebut lalu dipatah kan..KRAK!!

Menjerit-jerit lah orang tersebut. Orang keempat mula merasa ragu. Namun kali ini agak berbeza, orang keempat bermain senjata. Keris ditangan dipegang rapi. Raikal senyum. Tangannya mengisyaratkan supaya datang menyerang.

Orang keempat cuba menusuk keris. Dua tiga empat kali Raikal mengelak.

“Kenapa? Tidak makankah?”

Tanya Raikal cuba mengapi-api. Mengikut pengalaman orang yang bertambah marah, tindakannya lebih mudah dibaca.

Orang keempat bertubi-tubi menyerang Raikal. Satu pun tidak mengena. Raikal sudah malas bermain. Dia terus menangkap tangan yang dipegang keris, lalu dilencongkan menusuk perut orang keempat tersebut. Maka memancut-mancutlah darah keluar dari perut yang ditikam.

Raikal melihat wajah Panglima Putih.

Panglima Putih melempar Puteri Sejenjang ke tepi. Sejenjang tersungkur di tanah. Dia mengerang sakit.

“Jangankan sudah menewaskan empat orang hamba, tuan putera berasa hebat?”

Ujar Panglima Putih. Panglima Putih membuka langkah silatnya. Raikal dengan wajah berangnya tidak sabar untuk membelasah Panglima Putih secukupnya. Memang patut pun Puteri Sejenjang tidak mengahwini lelaki ini.

“Jikalau setakat kutu-kutu seperti kalian. Beta rasa beta tidak ada masalah untuk membuat kalian pulang ke rumah dalam keadaan menangis. Lalu mengadu pada bonda-bonda kalian betapa hebatnya beta.” Ujar Raikal.

Panglima Putih menjadi marah. Dia mengeluarkan kerisnya. Lalu menyerang Raikal. Raikal mengelak namun ternyata Panglima Putih tidak seperti konco-konco nya. Dia lebih mahir dalam medan tempur. Dalam pada Raikal mengelak, kaki kanan Panglima Putih melompat naik mengenai dada Raikal.

Raikal terpelanting jauh. Terbatuk-batuk Raikal sambil memegang dadanya. Ternyata sangat berbisa tendangan Panglima Putih. Panglima Putih ketawa besar.

“Lihatlah apa yang terjadi jika terlalu angkuh!”

“Beta hanya ingin merasa kekuatan serangan tuan hamba. Ternyata ia hanya seperti gigitan semut.”

Raikal ketawa kecil. Dia masih lagi berlakon namun sebenarnya dia mula merasa sesak nafas dek kerana tendangan itu mengenai pada paru-parunya. Jika orang biasa sudah pasti akan mati.

“Masih lagi angkuh!!?”

Panglima Putih menyerang kembali. Tapi kali ini Raikal lebih bersedia, sebelum Panglima Putih menghampiri dirinya, Raikal sudah memasang kuda-kuda.

Panglima Putih menghunus mata kerisnya. Segera di tempis Raikal. Sepertimana tadi, setiap satu serangan pasti akan ada yang menyusul. Kaki Panglima Putih melompat. Segera Raikal menangkap lalu menjatuhkan Panglima Putih.

Dalam keadaan jatuh itu, Panglima Putih sempat menarik Raikal untuk jatuh sekali. Argh! Raikal mengerang. Panglima Putih mengesat sesuatu di tepi mulut. Tersenyum.

“Boleh tahan bagi seorang putera untuk bertarung seperti ini.”

Puji Panglima Putih.

Raikal bangun. Diam tak berkata. Panglima Putih juga turut bangun.

Giliran kali ini Raikal pula yang menyerang. Raikal melompat ke arah Panglima Putih. Lalu dia berpusing. Kakinya terawang dilangit hampir sahaja mengenai muka panglima tersebut. Mujur sempat ditempis dengan lengan yang bersilang.

Namun ia tidak berakhir disitu. Saat kakinya jejak ke tanah, Raikal bersama bahu-bahunya terus melaga Panglima Putih membuat kan panglima tersebut hilang kawalan. Apabila melihat peluang itu, Raikal menghayunkan segala kudrat kakinya mengenai Panglima Putih. Maka tercampakla panglima tersebut dari tapaknya.

Apabila melihat panglima terbaring di atas tanah segera Raikal memijak kepala Panglima tersebut bertubi-tubi sehingga hampir lunyai.

“Ini pengajaran jika buat beta murka!” Marah Raikal.

Sejenjang mendapatkan Raikal. Dipeluk erat lelaki tersebut sambil menangis.

“Berhenti….”

Sejenjang tidak sanggup melihat keadaannya Raikal menjadi buas seperti itu.

Raikal berhenti dari memijak kepala Panglima Putih. Diusap kepala Sejenjang.

“Tuan Puteri usah menitiskan air mata. Ia merosakkan wajah cantik tuan Puteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience