BAB 10

Romance Completed 5716

Malam harinya. Di kamar Santubong, Sejenjang hadir untuk bertemu Santubong. Mereka berbual-bual.

“Kakanda pernahkah kakanda mendapat pujian mengenai kecantikan paras rupa kakanda?” Tanya Sejenjang.

“Iya sudah banyak kali.”

Jawab Santubong.

“Adinda juga mendapat pujian mengenai kecantikan adinda. Adinda tertanya, siapa diantara kita yang lebih cantik?”

Puteri Santubong diam. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang bermain didalam kepala Sejenjang.

“Sudah tentu adinda Sejenjang.”

“Mengapa? Kakanda tidak mahu memuji diri kakanda sendiri?”

“Tidak gunanya jikalau kakanda mempunyai paras rupa yang cantik namun gagal mendapatkan cinta.”

Jawab Puteri Santubong.

“Jangan lah bersedih kakanda. Putera Serapi memilih adinda berbanding kakanda kerana Adinda lebih cantik.”

Terkejut Puteri Santubong apabila mendengarnya. Puteri Sejenjang melihat wajah Santubong dengan amarah.

“Adinda tahu cintanya kakanda adalah Raikal. Putera Serapi. Adinda terlihat Kakanda berduaan bersamanya di taman istana.”

“Adinda Sejenjang..”

“Oleh kerana itu adinda tidak akan membenarkan kakanda memiliki cinta Putera Serapi!!!”

Lalu dikeluar pisau dari kocek kecil pakaiannya. Terus dia menikam Puteri Santubong. Santubong mengerang sakit.

“Adinda tidak sanggup berkongsi kasih!!”

Puteri Sejenjang berterusan menyerang Santubong. Berdarah tubuh Santubong dek tikaman pisau mengenai dirinya. Dengan kudrat terakhir dia cuba menghalang tikaman Sejenjang lalu ditempisnya terkena diri Sejenjang sendiri. Sejenjang jatuh. Darah turut keluar dari tubuh Sejenjang.

Kini mereka berdua terbaring sambil wajah saling menghadap. Puteri Santubong mengalirkan air mata. Dia menyentuh kepala Sejenjang. Diusap lembut.

“Wahai adinda ku. Memang benar kakanda mencintai Putera Serapi. Namun cinta itu tidak dapat kakanda miliki. Tahukah mengapa perkahwinan adinda Sejenjang begitu senang dibatalkan? Kerana Puteranya Serapi hadir ke istana untuk membuat tawaran. Dia sanggup berkahwin dengan adinda untuk membatalkan perkahwinan. Pada ketika itu, Kakanda sedar. Cinta itu tidak mungkin kakanda perolehi lagi, namun begitu kakanda tidaklah kisah. Cinta yang kakanda pada Serapi tidak lah sekuat cinta kakanda pada adinda.”

Darah Santubong mengalir keluar dari mulut.

“Inikah balasan kakanda terima setelah kakanda cuba untuk berkorban pada Adinda?”

Santubong terus mengalirkan air mata. Sejenjang jug turut menangis.

“Maaf…maafkan dinda.”

Puteri Sejenjang terus menangis.

“Maaf..maafkan adinda…adinda dibuai perasaan..kakanda.”

Melihat Puteri Santubong sudah tidak bernyawa maka Puteri Sejejang bertambah menangis.

“Kakanda!! Kakandaa!!!!”

Dalam keadaan terbaring Sejenjang memeluk tubuh Santubong.

“Kakanda tolonglah..jangan tinggalkan adinda..adinda minta maaf..adinda bersalah…kakanda sudah berjanji untuk menjaga adinda kan? Bangunlah kakanda…bangun la..bangun la..”

Semakin lama semakin sayup suara Sejenjang. Akhirnya Puteri Sejenjang turut menghembuskan nafas kerana kehilangan banyak darah.

Berita mengenai kematian kedua puteri itu akhirnya diketahui Raikal. Dia menjadi seakan gila. Tidak terlayan perasaan sedih teramat. Lalu membawa diri sehingga tidak diketahui hilangnya.

Dan akhirnya Putera Serapi menghilangkan diri untuk perasaan sedih itu.

Demi memperingati kedua puteri tersebut. Raja Kayangan memberi nama pada gunung dan pulau itu dengan nama kedua puteri tersebut.

Oh……Puteri Santubong,

Sejinjang sayang,

Kisah lama, Zaman mensia maya.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,

Penjaga gunung Negeri Sarawak,

Manis sik ada dapat dilawan,

Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……

Santubong puteri bertenun kain malam,

Oh……

Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelahi,

Beranuk anuk sik renti-renti,

Seorang madah dirik bagus agik,

Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,

Lalu bertukuk nya duak puteri,

Sejinjang mengayun aluk ke pipi,

Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,

Lalu ditikam batang belidak,

Sampei terkena Sejinjang kepala,

Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,

Asal berkawan jadi musuhan,

Kinik tuk tinggal jadi kenangan,

Pakei ingatan sepanjang zaman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience