Di rumah makcik penenun kain. Raikal terkocoh-kocoh masuk kedalam rumah. Dilihatnya makcik tersebut. Mengeleng kepalanya.
“Mengapa pulang dalam keadaan terkocoh bagai dikejar hantu?”
Raikal senyum.
“Raikal diugut bunuh. Lalu Raikal lari lah. Takut pula ditangkap dan dibunuh oleh puteri gila tu.”
“Puteri?”
“Lupakan sahaja bonda. Tak penting.” Jawab Raikal.
“Oh sebut mengenai puteri. Puteri Santubong yang datang kemari sering kali mengirimkan salam kepada kamu. Nampaknya dia sangat berkenan pada kamu.” Ujar Mak Raikal.
“Raikal hairan, mengapa sang puteri kayangan jelitawan seluruh alam tertarik pada Raikal yang hanya orang kebanyakan?”
Mak Raikal ketawa.
“Sudah pasti kamu kacak orangnya. Sudahlah. Pergi masuk mandi. Sudah berbau tubuh kamu.”
Share this novel