BAB 1

Romance Completed 5716

Kisahnya berlaku di negeri Sarawak. Terdapat lah dua orang puteri kayangan yg sangat cantik. Dua orang puteri ni adik beradik. Dua orang ni sentiasa jadi bualan mulut orang2 kebanyakan. Setiap kali puteri2 ni turun ke darat, ramai yng memuji kecantikan, kebijaksanaan diorang.

Pada suatu hari Puteri Santubong turun ke darat. Dia mahu beli alatan dan kain-kain untuk dibuat pakaian. Dan hanya satu tempat sahaja yang menjadi kebiasaan Santubong untuk membeli kain. Di sebuah rumah makcik penenun kain. Apabila makcik ni nampak kehadiran Santubong maka tersenyum lebar makcik tersebut.

“Wahai tuan puteri, apa tujuan kehadiran tuan puteri turun ke daratan?”

Puteri Santubong tersenyum.

“Ah makcik, apa tidaknya beta turun ke darat jika bukan kerana ingin kan kain makcik.”

“Sebentar ya wahai tuan puteri.”

Makcik tersebut masuk kembali kedalam rumah. Dalam menunggu tu Puteri Santubong melihat kelibat seorang lelaki. Bertubuh tegap, kacak. Hensem lagi bergaya. (Latar ada lagu ombak rindu)

Tidak lama kemudian. Makcik tersebut keluar.

“Wahai tuan puteri, inilah dia kain yang tuan puteri ingin kan.”

Puteri tersbut mengambil sambil matanya masih melirik pada lelaki tersebut

“Apa yang dilihat oleh tuan puteri? Sehingga merah kulit wajah tuan puteri?”

Tegur makcik tu. Tersipu Puteri Santubong.

“Makcik, siapa gerangan lelaki kacak tersebut?”

Tanya Puteri Santubong.

“Itu? Itu la dia anak makcik.”

Jawab makcik tu.

“Sampai kan salam beta padanya ya? Oh Beta ingin berangkat pulang.”

Maka berangkatlah pulang Puteri Santubong ke langit. Sampai sahaja di istana, berlari-lari Santubong mencari Sejenjang, adiknya.

“Sejenjang mana kamu. Mana kamu?”

Sampai sahaja di sebuah kamar, melihat Sejenjang sedang bersolek.

“Ya wahai kakanda? Mengapa menjerit-jerit di ruangan istana?”

Tanya Sejenjang kehairanan.

“Aku sudah jumpa seorang lelaki yang kacak. Aku jatuh cinta padanya.”

Jawab Santubong.

“Benarkah? Waah…”

Teruja Sejenjang mendengar. Air muka Santubong tiba-tiba bertukar.

“Tapi, dia tidak berdarah mulia.”

“Jika begitu, jangan sampai berita ini diketahui oleh ayahanda. Jika didengari nya adinda khuatir ayahanda perlaku kan sesuatu pada kakanda.”

Ujar Puteri Senjejang.

“Baiklah.” Jawab Santubong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience