Esoknya.
Muka Raikal masam. Baru sahaja selesai rundingan bersama Raja Kayangan.
“Putera Serapi…!”
Panggil Santubong dari jauh. Raikal memandang wajah Santubong. Serba salah dia.
“Err..Tuan Puteri maafkan saya kerana berbohong mengenai status saya….” Ujar Raikal.
Puteri Santubong senyum manis.
“Tak mengapa, sebenarnya saya sedikit merasa lega apabila mengetahui bahawa awak adalah seorang putera. Awak pasti ada alasan sendiri mengapa menyamar menjadi orang kebanyakan bukan?”
“Ehe..heee..yup2..Baguslah kalau tuan puteri memahami.”
Raikal mengaru belakang kepalanya sambil tersengih-sengih.
“Maaf. Saya tidak boleh berada disini lama-lama. Izinkan saya mengundur diri wahai tuan putera.”
Santubong meminta izin.
Raikal memerhati gerak langkah Santubong meninggalkan dirinya. Raikal senyum. Cantik orangnya.
“Oit! Kamu buat apa disini!?”
Cubit Puteri Sejenjang yang datang secara tiba-tiba. Sakit lengan Raikal dibuatnya.
“Adududuh! Sakit laah!” Jerit Raikal.
“Kamu menceroboh ya!?”
Tanya Puteri Sejenjang dengan marah.
“Tak, tak patik hanya menemani Putera Serapi menghadiri rundingan.”
Bohong Raikal pada Puteri Sejenjang.
Dia tidak mahu Puteri Sejenjang mengetahui identitinya.
“Jadi mana dia Putera Serapi?”
“Dia dah berapi..tak tak tak…dia menuju ke pintu utama.”
Jawab Raikal dalam keadaan berdalih.
Puteri Santubong melihat pakaian Raikal atas dan bawah.
“Yang kamu ni pakai cantik-cantik mengalahkan seorang raja ni mengapa? Buang tabiat?”
Tanya Sejenjang masih lagi dalam tawanya.
“Err..Tuan Putera yang meminta patik berpakaian begini.”
Raikal masih lagi mmberi alasan.Sejenjang menggaru kepalanya.
“Begitu aneh tuan putera kamu. Orang seperti kamu ini disarungkan pakaian mewah. ”
“Betul-betul, aneh sungguh dia..”
Raikal menyokong pendapat PUTERI Sejenjang. Puteri Sejenjang melihat wajah Raikal lama. Tiada bicara. Ditenung begitu membuatkan Raikal tertunduk-tunduk.
“Mengapa Tuan Puteri lihat patik begini? Malulah patik.” Ujar Raikal.
“Putera kamu dah menuju pintu utama kan? JADI BUAT APA KAMU BERADA DISINI LAGI!!? Get lostt!!!!” Jerit Puteri Sejenjang.
“Yes madam!!! Jom-jom pengawal semua. Kita lari. Takut dibahamnya puteri nih!”
Bila sudah berada jauh dari Putera Sejenjang. Salah seorang pengawal Putera Serapi mula bersuara.
“Tuan Putera mengapa tidak berterus terang sahaja pada Puteri Sejenjang?”
Raikal melihat ke langit sambil tersenyum.
“Adakalanya lebih manis jika dia mengetahuinya sendiri.”
Share this novel