BAB 7

Romance Completed 10348

Seperti biasa, setiap hujung minggu baba pasti akan menyuruh aku menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid bersama ummi dan sewajibnya, Izwan. Aku mendengar ceramah yang disampaikan ustaz Fahrin dengan teliti. Sesekali aku mencari cari kelibat Hasif di sekitar masjid. Kemudian mataku tertancap pada papan kenyataan masjid.

“Kelas pengajian kanak kanak- Dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Hasif bin Haji Ahmad”.

Aku menggenggam tasbih putih tersebut. Ummi menggamit tanganku untuk pulang setelah tamat ceramah.

“Ummi, ummi baliklah dulu. Zawin nak jumpa Yana sekejap”, aku memberi alasan kepada ummi kerana aku ingin mengembalikan tasbih tersebut kepada Hasif selepas tamat kelas mengaji. Lima minit aku menunggu di tangga masjid, tiba tiba satu suara menyapa..

“Assalamualaikum saudari..”, aku mendongak dan agak terkejut. Ustaz Fahrin menyapa aku.

“Wa..waalaikumussalam ustaz”, kenapa aku tergagap ni..duh jantung pula berdegup kencang tak ikut rima.

“Tunggu adik habis mengaji ke?”, ramah dia bertanya. Belum sempat aku menjawab, satu suara lain menyampuk.

“Zawin, kenapa tunggu ana?”, aku terkejut kuasa dua bila Hasif datang tiba-tiba. Terkelu lidah aku yang selama ni petah berdebat peringkat kebangsaan masa sekolah dulu.

“Err.. saya.. erm…sebenarnya..”,

“Oh..enti tunggu ustaz Hasif ke ? asif, ana ingat enti ada adik mengaji tadi”, dia menjawab lembut sambil tersenyum ke arahku.

“Kalau macam tu.. ana minta diri dulu. Oh ya, petang ni ana ingat nak tempah pengat enti lagi. Syukran..assalamualaikum Zawin, Hasif”, dia berlalu pergi sambil menoleh ke arah kami beberapa kali.

Aku menjawab salam di dalam hati. Aku terus laju mengatur langkah. Entah kenapa semua rancangan aku tidak menjadi. Aku jadi malu untuk berhadapan dengannya. Tak nak lah aku bercakap dengannya lagi.

“Zawin..! Cakaplah apa yang awak nak cakap. Saya dengar ni. Oh ya.. awak mesti nak minta maaf pada saya pasal insiden kelmarin, kan ?”, dia jalan beriringan aku untuk pulang ke rumah. Amboi, depan ustaz tadi beria sangat ber’ana’. Ni biasa je .

“Kenapa perasan sangat saya tunggu awak? Saya ada hal sikt tadi, tapi bukan dengan awak..”, bohong aku. Aku berjalan di batas sawah padi dan kulihat ada beberapa pasang mata jiran dan gadis yang sedang menyapu laman memandang ke arah aku dan dia. Aku tunduk. Sungguh aku tak selesa dengan situasi ini..tapi dia sebagai ustaz hanya tayang muka relaks aje.

“Mesti ustaz tadi salah sangka..”, aku menyambung dengan nada yang agak perlahan.

“Jadi.. memang bukan niat awak la nak minta maaf. Tapi..nak tunggu ustaz Fahrin?”, dia angkat kening. Memang menjengkelkan. Aku menghentikan langkah dan terus mengeluarkan seutas tasbih milikku.

“Nah, tasbih ganti. Asif jiddan ustaz”, aku memberikan seutas tasbih manik mutiara bewarna hijau muda milikku kepadanya.

“Tapi..tak sama”, aku kerutkan dahi. Dia ketawa.

Aku menyambung, “Memanglah tak sama.. takkanlah saya nak ukir nama awak dekat hujung tu,kan?”, aku mencebik. Apehal dia happy sangat? Kemudian dia mengambil tasbih comel itu dari peganganku.

“Memang comel. Mana tau ada nama saya dekat hujung?”, dia bertanya. Aku diam. Malas nak layan.

“Tak apalah jiran, saya taknak gadis-gadis dekat kampung ni salah sangka saya berjalan dengan awak. Dipersilakan awak jalan dulu..”, aku berhenti di hadapan pasar mini milik pakcik Cina yang ada anjing garang tu untuk membeli barang sikit sambil melayangkan tangan seperti pelayan. Dia ketawa. Muka dia memang manis. Huhu..

“Baik..saya terima ni bukan bermakna saya maafkan awak..tasbih tu ada nilai sentimental sebab pemberian arwah datuk saya tahu.. Okey, assalamualaikum..”, dia mula berjalan dan aku lihat dia membelek tasbih pemberianku.

Aku tahu arwah datuk Hasif meninggal dunia dua tahun lepas dan dia tidak pulang ke kampung ketika itu. Datuk Hasif memang rapat dengannya. Malah datuk Hasif turut menyayangi aku seperti cucu kandungnya memandangkan aku tiada datuk untuk bermanja. Aku keluarkan tasbih miliknya dari kocek seluar dan aku memang sudah jatuh hati dengan tasbih ini. Tak mengapa, aku akan memulangkan tasbih ini kepadanya nanti. Memang tasbih ini ada nilainya yang tersendiri. Aku melangkah masuk ke dalam pasar mini.

“Hallu amoi.. soli a itu hali ancing saya kejar sama lu a masa lu pigi masjid. Ancing saya a.. manyak galang oo.. so solli a.. lu anak Haji lahim ka?”, pakcik Cina yang bernama uncle Chet itu ramah menegur aku dari kaunter. Tak sangka pula dia kenal aku. Semestinya aku tahu nama dia sebab Yana lah reporter utama aku. Walaweh pelat dia.. hahah .

“Tak apelah uncle.. haha anjing uncle tu berjaya bakar kalori lemak saya..huhu ya, ya saya anak Haji Rahim. Btw, uncle kena ikat anjing uncle ketat ketat tau..nanti ada pula orang lain yang kena kejar..” aku ketawa dan dia turut sama ketawa.

“Manyak soli oo.. saya memang tidak pelasan itu anjing memang kuat kalau nampak olang lali, lagi laju dia lali..”, uncle Chet bercerita lagi. aku cuma tersenyum sahaja.

“uncle Chet, kira”,

aku ternampak Zila, kawan sekolahku dahulu ingin membayar.

“Zila, hai”, aku tersenyum. Dia menjeling tajam ke arahku dan tidak membalas langsung teguranku. huhu.. sombongnya.. Aku menuju ke bahagian belakang kedai untuk mengambil sagu.

“Zawin!”, kasar suaranya. Aku berpaling.

“Lepas ni, aku tak suka nampak kau rapat dengan ustaz Fahrin atau dengan ustaz Hasif tu, faham? Kau ni kan, buat fitnah je tau. Berkepit dengan diorang. Macam orang kampung tak sedar kan ?”, aku tergamam diserang begitu.

Manalah aku tahu apa yang terjadi. Setahu aku, aku tidak pernah keluar dengan ustaz Fahrin. Dia sahaja yang rajin berkunjung ke gerai baba di bazar. Dengan Hasif, ini kali keduanya jika campur peristiwa aku dikejar anjing kelmarin. Adakah aku telah menimbulkan fitnah? Iskk gusar pula hatiku ini.

“Mesti kau taknak orang kampung cakap buruk,kan? So, jagalah maruah diri tu okey. Jangan la nampak terdesak sangat nak rapat dengan semua lelaki..”, laju dia melangkah pergi.

Berdesing telinga aku dibuatnya. Hish..biadab betul kata-katanya. Nasib baik tengah puasa. Perang karang tak pasal- pasal terbang semua pahala aku. Sabar..sabar. Aku terus menuju ke kaunter untuk membayar harga sagu dan gula kabung kepada uncle Chet. Uncle Chet setia menanti aku dihadapan kaunter dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Aku tak pasti berapa banyak uncle Chet bersedekah dengan senyumannya hari ini. Aku turut membalas senyumannya.

“Uncle, kira..”,

“Semuanya.. enam linggit”, aku mengeluarkan duit.

“Kenapa murah sangat?”, pelik aku dibuatnya.

“Ini hali a manyak untung sama lu.. saya kasi sepaluh halga sebab lu kena keja itu ancing.. hahaha . Nah, saya kasi gula gula hacks sama lu..”,

“Ohh..hahah uncle Chet ni buat susah aje. hihi thank you uncle”, aku tersengih sampai ke telinga. Allah itu Maha Adil, baru sekejap tadi hati aku disakiti manusia, kemudian Dia hantar penawar yang mampu buat ku ketawa semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience