BAB 2

Romance Completed 10348

“Baba rancang..nak meniaga dekat bazaar waktu bulan puasa ni..” baba menceritakan hasratnya semasa kami sekeluarga telah selesai makan malam. Aku cuma mendengar sambil membantu ummi memasukkan benang ke dalam jarum. Ummi memang sibuk menjahit sekarang memandangkan ramai orang menempah baju raya. Yang aku tahu..masukkan benang ke dalam jarum, menggosok, melipat dan memasukkan baju ke dalam beg plastik. Yang lain..aku tak tahu. Yela…nanti tak pasal pasal baju tempahan ummi tak siap akibat kemahiran aku menjahit dengan brutal.

“Baba baba.. nak ikut meniaga..” aku meluru ke arah baba dan tayang sengih.

Ummi leka menjahit di mesin dan Izwan pula sibuk dalam bilik. Belajar kot atau pun dah syahid depan buku.

“Eh mestilah.. mana boleh time cuti sem ni membazir masa melekat aje dekat rumah”,

Aku tau baba kenal dengan sikapku. Huhu aku memang tak suka duduk di rumah tanam anggur tak berbuah. Aku suka buat sesuatu yang boleh mendapatkan keuntungan. Dan..aku tak gemarss menjahit. Huhu. Kalau memasak..aku suka sebab ummi memang akan guna kuasa veto nya dan membebel kalau aku malas ke dapur masa sekolah dulu. Hasilnya, aku tak pernah keluar dari rumah sewa semata mata nak cari lauk. Kalau memang dekat luar dan tengah busy tu lain cerita lah. Mi segera pun aku rembat.

“Baba nak jual apam balik, bubur lambuk dengan putu piring. Haa.. bahagian Zawin..Zawin kena masak pengat. Zawin kan pandai masak pengat ni. Esok Zawin ikut baba ke pasar beli barang nah. Jangan lambat pulak. Dahla ..baba nak ke masjid sekejap. Ada program sikit lepas Isyak. Anak Imam Ahmad sebelah ni, kawan kamu masa kecik dulu.. Hasif dah balik dari Jordan. Ada hal sikit nak bincang. Ummi! baba ke masjid sekejap ye ummi!”,

Baba bercakap macam kereta api. Aku cuma tabik ke arah baba tanda faham .Yang aku tahu.. aku tak sabar sebenarnya nak meniaga dan ada duit poket sendiri.. Lagi satu. Jiran sebelah aku iaitu Hasif dah balik dari Jordan..hmm aku harap dia dah jadi seorang ustaz yang takkan bergaduh dengan aku seperti 13 tahun dahulu.

Aku kenal dengan Hasif sewaktu umur aku 10 tahun manakala hasif berumur 14 tahun. Jadi, aku kenal dengan dia hampir 13 tahun. Tapi.. aku jarang berjumpa dengan dia sejak 8 tahun lepas bila dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan. Cuma sekali sekala sahaja dia balik kampung cuti panjang. Masa tu lah aku dengan dia jumpa dan kadang kadang bergaduh. Kata baba.. Universiti Al-Bayt. Hmm aku rasa mesti sekarang dia dah ada calon isteri kan. Yela.. ustaz kan kebanyakannya suka kahwin awal..eh yeke?

***********

“Ummi..ada angsa kejar Zawin! Ummi..!!”

aku berlari sekuat hati sambil menoleh ke belakang. Aku lihat beberapa ekor angsa milik Pak Samad giat ingin mematuk aku.

Pap..tush..tush aku rasa aku terpijak sesuatu dan aku pandang ke hadapan..seorang budak lelaki sedang memandang ke arah aku dengan wajah yang masam dan dahi yang berkerut. Gerun. Aku lihat tanah..sebuah bingkai yang dilekat sehelai kain bercorak batik yang sangat cantik dicanting kini penuh dengan tanah dan cap kasutku. Aku berlari sekuat hati apabila sedar angsa Pak Samad mengejar dan aku pasti akan diburu olehnya. Aku tidak menoleh kebelakang lagi dan terus masuk ke dalam rumah. Aku terdengar jeritan seorang budak lelaki dan aku yakin itu suaranya. Ya..dia dipatuk oleh angsa Pak Samad yang agak liar dan menjengkelkan itu setelah lukisannya yang cantik hancur dipijak olehku.

Huhu.. malam tu..baba betul betul marah padaku. Aku cuma diam, mana lah aku tahu perbuatan nakal aku membaling pasir ke arah angsa Pak Samad ketika itu boleh menyebabkan kejadian begini berlaku. Dalam diam..aku menyalahkan Pak Samad kerana tidak mengunci angsanya ketat ketat. Aku dapat menangkap raut muka Hasif yang gembira ketika aku dimarahi baba. Imam Ahmad berusaha menenangkan baba dan menyalahkan anaknya juga kerana tidak berhati hati meletakkan lukisan di halaman rumah. Aku masih ingat kata katanya,

“Manalah Hasif tau ada budak hingusan terlebih hyper dekat sini, hasif nak keringkan lukisan batik tu la walid..”, iskk. Mendidih betul darahku ketika itu.Aku baru ingin bersimpati terhadapnya kerana dipatuk oleh angsa Pak Samad.

Rupa-rupanya budak sekolah tahfiz ni kerek juga. Aku malas mendengar bebelan yang sudah berbakul bakul aku terima dan terus menuju ke bilik. Aku melalui belakang Hasif dan menarik ekor serban putihnya kebelakang. Terjerit dia, mungkin sebab terkejut..aku lihat Imam Ahmad ketawa dan baba menjegilkan matanya. Aku berlari ala Watson Nyambek ke dalam bilik. Huhu.. dan sebab itulah aku memang tak suka dengan perwatakannya dan aku yakin dia 150 kali tidak suka denganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience