BAB 13

Romance Completed 10348

Tinggal lagi seminggu sahaja sebelum raya menjelma. Sedih betul aku rasa sebab Ramadhan bakal pergi sedangkan aku tak tahu sama ada tahun depan aku berpeluang menemuinya lagi. Sekarang ini aku mestilah sedang sibuk memasak kuih raya. Sama macam tahun-tahun sebelumnya. Entah kenapa, semakin hampir tarikh pertunangan aku dengan ustaz Fahrin, semakin aku tak senang duduk. Itulah hipotesis yang boleh aku buat sekarang. Aku cuma percaya pada pilihan baba dengan ummi sahaja.

Huhhh..

“Amboi, panjang mengeluh”, aku angkat muka. Terjengul wajah Hasif di depan pintu dapur. Waa..jantung aku tetiba bekerja lebih masa.

“Apesal datang?”, kasar aku bertanya. Ingat dah tak ingat alamat rumah sebelah.

“Saya nak jumpa ummi la..bukan awak”, kemudian aku masuk memanggil ummi.

Hasif masuk ke dapur dan meletakkan gulai udang masak lemak cili padi di atas meja makan. Hmm sedapnya bau kuih ni..mesti rasa dia pun sedap. Hasif mengamati biskut raya yang telah siap dibakar. Nampak rangup, sedap dan comel. Dia mengangkat seketul lalu membedek ala chef profesional. Aku panggil ummi.

Ke mana ummi? Aku rasa tadi ummi dalam rumah tengah menyapu sampah. Aku jenguk di halaman. Ummi tak ada juga. Buntu betul. Terus aku masuk ke dapur semula. Aku tengok Hasif tengah selamat susun kuih raya aku di dalam balang tinggi. Aku rasa geli hati.

“Banyak awak masak? Tak ada niat nak kasi orang sebelah ke?”, aku ketawa mendengar soalannya.

“Eh mestilah ada. Macam lah tahun lepas tak pernah dapat, kan?”, leka aku menguli dan mengacu kuih baru sambil mengeluarkan kuih yang siap dibakar dari ketuhar.

“Eleh yeke. Tahun lepas mana lah ada saya balik beraya. Tak sempat nak merasa lah. Tahun ni baru balik. Jadi, tak nak bagi extra ke?”, dia pandang aku sambil tayang gigi.

“Ya..ya. Kalau nak kena buat sendiri la ya. Nah, ambil acu ni, tekap dan hias. Lepas tu, kalau dah siap bakar, awak keluarkan dan bakar yang baru. Haa.. yang tu akan jadi bahagian awak. Saya boleh tolong buat bancuhan je”,

Aku menghulurkan acuan dan penguli kepadanya dan menyukat bancuhan baru.

“Hahah okey. Seronok jugak memasak kuih raya ni”, komennya.

Aku cuma tersenyum. Rasa tenang sikit hati. Hampir 3 balang tinggi biskut raya aku penuh. Makin cepat bila adanya Hasif. Baru aku tersedar sesuatu. Ummi tak ada, baba pun. Izwan mungkin keluar dengan kawannya. Aku angkat muka pandang Hasif yang tengah leka mengacu kuih. Ya Allah, aku berduaan dengan dia aje sekarang ni.

“Assalamualaikum..”, aku pandang pintu dapur. Ada baba, Imam Ahmad, Pak Cik Samad dan.. ustaz Fahrin! Aku tergamam. Aku lihat ustaz Fahrin juga tergamam.

“Kamu berdua ni berduaan sahaja ke dekat sini?”

Aku dapat lihat muka Hasif juga berubah. Berkerut dahinya. Ya..baru dia tersedar tujuan niat utama suci ikhlas dia datang ke mari.

“Ana..ana..”, tergagap dia menjawab.

“Baba.. Hasif nak jumpa ummi..”, Bergetar suara aku menerangkan.

Terus terbengkalai semua kerja aku. Dapat aku kesan merah wajah Imam Ahmad. Kulitnya yang cerah makin menyerlahkan raut wajahnya yang tidak senang. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan sekarang. Mungkinkah aku ditangkap berkhalwat sekarang di hadapan bakal tunangku sendiri? Ya Allah.. buntunya rasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience