BAB 6

Romance Completed 10348

Setelah memastikan van meniaga milik Haji Rahim meluncur jauh, Hasif menyapa Haji Rahim. Belakangan ini hatinya begitu teringin sekali menjadi imam terawih di kampung halamannya sendiri sebelum melangkah ke alam kerjaya sebagai pensyarah.

“Assalamuaalaikum pak haji..”,

“Waalaikumussalam.. eh, Hasif”,

“Pak haji, Hasif nak tanya sikit..boleh ?”,

“Hai..karang pakcik jawab tak boleh karang Hasif merajuk pulak.. hahah”, Haji Rahim berseloroh sambil menapak ke pangkin tempat anaknya dan Hasif bergaduh dan bermain sewaktu kecil.

“Hehe pak Haji, Hasif nak tanya tentang imam terawih dekat masjid ni..erm, ustaz Fahrin tu imam sementara atau sepenuhnya? Hehe bukan apa.. Tanya walid, walid diam pula. Katanya, ajk masjid belum buat keputusan”, dengan berhati-hati Hasif menyusun ayat. Haji Rahim tersenyum.

“Hasif nak ke gantikan dia ? Sebenarnya, dia imam sementara sahaja, imam jemputan memandangkan masjid kita belum ada syabab yang boleh mengimarahkan jawatan imam dekat kampung ni.. sebab dia pun masih belajar, jadi dia risau kalau dia tiba tiba kena balik Selangor dalam masa terdekat ni..”, terangguk angguk Hasif mendengar penjelasan Haji Rahim.

“Kalau macam tu.. Hasif nak cuba boleh tak pak haji? Tak payah bagi elaun pun tak mengapa, Hasif teringin sebenarnya nak tabur bakti dekat kampung sendiri..”,

“Syukur alhamdulillah Ya Allah.. Masya Allah.. untung betul Imam Ahmad ada anak macam Hasif ni.. boleh Hasif, macam ni la.. petang ni kita bermesyuarat dan perkenalkan Hasif kepada ajk masjid. Tak mungkin mereka tak kenal anak Imam Ahmad dari Jordan ni kan..”,

“Masya Allah pak Haji, saya ni Allah..ilmu sikit lagi ni..macam-macam kena belajar lagi. Saya kalau boleh nak timba pengalaman dulu..syukran pak haji.. nanti saya bagitahu walid tentang perkara ni..”,

“Baik Hasif, baik..”, Hasif mencapai tangan Haji Rahim sebelum pulang ke rumah.

Setelah selesai bermesyuarat, semua ajk masjid termasuk Hasif dan ustaz Fahrin sendiri bersetuju untuk menjadi imam terawih secara bergilir-gilir setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Aku cuma menjadi pendengar setia perbincangan baba dan ummi sewaktu berbuka. Sampai sekarang, aku tidak mengembalikan tasbih putih milik Hasif. Memang aku mahu kirimkan sahaja melalui baba atau ummi kepadanya, tapi aku tak nak banyak persoalan baba dan ummi kepadaku nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience