BAB 8

Romance Completed 10348

“Kakak..kakak.. Zawin! Baba.. Zawin dah sedar..”, ummi dan Izwan mengejutkan aku.

Dahi aku agak panas. Terasa berpinar pandanganku ketika aku membuka mata. Lama sangat ke aku tidur? Ke aku pengsan? Aku cuba mengingati apa yang terjadi.

Baru aku ingat. Semalam lepas berbuka aku terus mengemas meja dan duduk di ruang tamu. Aku rasa agak kurang sihat dan aku pun baringlah di atas sofa panjang sementara tunggu Yana sampai untuk pergi berterawih. Lepas Yana datang..aku ikut jalan yang biasa aku pergi ke masjid. Entah macam mana kepala aku terasa berpusing sedikit. Tiba-tiba datang satu motosikal dari belakang melanggar bahu aku lalu aku terjatuh . Yana menjerit kuat. Perit. Itu yang aku rasa dan duniaku jadi gelap. Aku sedar dan kini aku berada di hospital.

“Sayang ummi, Zawin tak apa apa ke?”, ummi bertanya. Aku lihat bahu. Rasa perit sedikit.

“Ummi, Zawin okey, ummi. Janganlah risau”, aku menenangkan ummi. Aku tidak tahu mungkin salah aku kerana berjalan agak ke tengah semalam. Tapi jalan tu kan luas, takkan lah tak boleh elak aku langsung.

“Puan, keadaan anak puan stabil. Alhamdulillah, boleh puan ikut kami sebentar untuk berbincang sedikit?”, doktor yang datang merawat aku memeriksa keadaan aku dan membawa ummi pergi bersamanya.

“Zawin, aku ada berita terhangat tahu..”, Yana membuat muka terujanya sambil tersenyum nakal.

“Gosip baru ke? Ramadhan la yana..” aku malas sebenarnya nak dengar berita yang tak berapa sedap aku dengar. Lagi-lagi setelah kejadian aku diserang Zila masa dekat kedai Uncle Chet. Aku risau kalau orang kampung buat andaian tak elok pada aku.

“Hish, cerita pasal engkau la..tahu tak siapa yang bawa engkau ke hospital ni?”, Yana menongkat dagunya di sisi katil lagi.

“Oh.. haa baru aku ingat. Rasanya roh aku masa tu berjalan kaki pergi hospital ni sendiri. Al maklumlah, masa tu semua orang tengah berterawih, jadi aku pergilah sendiri..”, aku menjelaskan dalam nada yang teruja sambil berpeluk tubuh.

“Bagusnya kalau awak dapat buat macam tu, kan ? Sebab hakikatnya imam terawih ni la yang papah awak sampai ke hospital. Al-maklumlah, dah diri tu tak sihat nak juga pergi terawih sebab rindu suara merdu ustaz Fahrin.. jadi imam terawih ni papah awak berterawih di hospital..”, aku tergamam. Hasif! Sedas dia tembak aku dengan sindiran dia yang berhemah tu.

Aku terdiam. Dia melihat aku dengan mata yang tidak berkerdip. Susah untuk aku tafsirkan pandangannya. Betul ke dia yang bawa aku? Tak mungkinlah.. aduh.

“Kenapa diam Cik Zawin?”, dia berdiri di sisi katil aku. Yana diam tidak berkutik. Aku rasa dia tengah tersengih sengih di sisi kanan katil aku. Aku cuma menunduk. Kenapa aku rasa bilik ni dingin sangat? Mungkin sebab cuma bunyi pendingin hawa kedengaran kut. Dah semua homosapien dalam bilik ni diam tak bersuara.

“Tuduhan awak tu tak betul”, hanya itu yang aku luahkan.

“Pandai je cakap orang pergi terawih sebab ustaz tu”, aku beranikan diri bertentang mata dengannya.

“Oh ya ke? saya dapat tahu yang Ustaz Fahrin tu nak jumpa awak semalam. Mesti la awak teruja tahap 1000 voltan nak jumpa dia, kan?”, dia peluk tubuh.

‘Ustaz Fahrin nak jumpa aku? Kenapa tak jumpa baba je?’ .

“Kalau ya pun kenapa?”, aku saja menduga. Lebih kepada protes sebenarnya bila dituduh macam tu.

“Erm.. Zawin, aku nak minta diri sekejap”, rasanya lebih baik Yana keluar bila nampak tanda tanda perang nak meletus.

“Tunggu!”, serentak aku dan Hasif menghalang. Yana memandang aku dan Hasif silih berganti dan duduk kembali.

“Maaf Yana, saya tak selesai lagi”, Hasif mengeluarkan tasbih dari kocek baju kemejanya dan melayangkan di hadapan muka Zawin.

“Kenapa tak pulangkan?”, aku tayang muka beku aje walaupun baru aku teringat setiap kali terawih aku pasti akan membawa tasbih miliknya bersama. Dah sah sah lah tasbih tu tercicir buat kali kedua bila aku pitam semalam.

“Lupa..”, pendek aku jawab. Tengah cover malu sebenarnya. Aku capai buku di sebelah. Ummi dan baba pun sampai. Niat aku nak pulangkan tasbih tu nanti bila hari pertama Syawal sebenarnya. Dendam sebab dia suka sangat gelar aku ‘budak hingusan. Biarlah perangai tak matang aku ni insaf lambat sikit. Dan..sebagai tanda maaf kononnya aku dah terjumpa. Huhu..jahatnya aku.

“Ummi, Zawin nak balik”, aku merengek pada ummi dan baba. Ummi cuma tersenyum.

“Alhamdulillah, terima kasih banyak banyak Hasif. Nasib baik masa tu Hasif ada tolong bawa kan Zawin. Kalau tak..lagi lama la budak ni pitam tengah jalan kalau nak tunggu pak Haji bawakkan”, kembang kempislah hidung tu bila kena puji.

“Tak apalah pak haji, kami kan kawan baik masa kecil, kebetulan masa tu Hasif lalu. mestilah Hasif tolong hee..”,

Kan aku dah agak dah. Bukan main bangga lagi dia bila kena puji. Kawan baiklah sangat.. Aku turun dari katil hospital dan terus ke bilik air. Malas aku mahu berlama lama di situ. Tapi kenapa ustaz Fahrin nak jumpa aku? Pasal tempahan pengat ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience