BAB 1

Romance Completed 10348

Syukur, selepas berhempas pulas bergelumang dengan udara kota yang haruk pikuk akhirnya dapat juga aku merasa nyamannya udara kampung halaman. Al maklumlah, perasaan nak balik rumah bertambah kuasa dua mengenangkan Ramadhan akan tiba kurang seminggu lagi dan tak perlulah aku menyambut Ramadhan di perantauan. Sebenarnya aku sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda bahagian Sains Farmasi di Universiti Sains Malaysia. Kebetulannya.. aku akan bercuti semester selama 3 bulan dan dapatlah menyambut bulan keberkatan ini bersama sama keluarga . Yahuu!

“Assalamualaikum..ummi, baba..! Ni Zawin dah balik ni”, aku berteriak dari luar rumah dan meluru masuk ke perkarangan rumah bersama bagasi-bagasi ku yang tidak kurang hebat saiznya selepas membayar tambang teksi.

“Waalaikumussalam..alhamdulillah. dah selamat sampai dah anak ummi ni. Izwan! Tolong kakak angkat beg ni haa!.”, ummi tidak kurang hebat juga berteriak seperti aku.

Kini aku tahu aku mewarisi sikap ummi yang agak brutal.

“Iskk akak ni..kot ya pun tak payahla jerit kuat sangat. Hai laa..” aku meluru ke arahnya lalu meluku kepalanya dengan buku lima ku.

“Orang balik dari jauh bukan nak bentang karpet merah. Bising pulak membebel..” aku acah meluku kepala dia hakikatnya aku memang rindu pada satu-satunya adik bongsu aku yang kerek sikit ni.

“Akak ni kan..perangai tak berubah ubah. Brutal sangat dah kenapa. Nanti kalau tak de orang nak pinang baru tau..”, laju Izwan mengangkat bagasi aku masuk ke rumah. Takut juga dengan aku rupanya.

“Dah la Zawin..masuk cepat. Memang betul pun.. perangai tak berubah-ubah.. Ummi pun tak tau la nak cakap apa..dahla jom masuk. Ummi masak banyak hari ni tau. Baba pergi ke masjid sekejap jumpa Imam Ahmad..” baru je aku cakap perangai aku macam ummi. Tapi baba nak..aje dekat ummi. Memang taklah aku cakap depan depan. Nak tengok orang tidur dalam reban itik Pak Samad malam ni, buatlah. Ummi membantu aku mengangkut beberapa buah bagasi dan kotak milik aku. Aku tayang sengih.

“Hee patutla dari tadi tak nampak baba .Yeke ummi.. ni la yang saayang sangat kat ummi ni.”

Aku beriringan masuk ke dalam rumah sambil memerhatikan sebuah van berwarna putih di halaman rumah jiran sebelah. Aku cuma dapat menangkap perkataan universiti di situ. Tapi lagi laju langkah ku masuk ke rumah dari mengamati tulisan di van tersebut. Biarlah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience