BAB 4

Romance Completed 10348

“Zawin..kau okey ke?”, Yana cemas bertanya keadaan aku selepas aku mengambil wuduk semula dan duduk di dalam saf.

“Shh…”, isyarat jari telunjuk aku ke bibir. Azan Isyak berkumandang. Semua jemaah diam dan masing masing memuhasabah diri. Aku cuba menenangkan diri dan menikmati nikmat beribadat kepadaNya di dalam bulan Ramadhan. Sungguh aku bersyukur kerana diberi peluang bersama bulan keampunan ini.

Aku betul betul penat hari ini. Macam-macam perkara terjadi dan aku terus berkurung di dalam bilik selepas pulang dari solat terawih. Sebelum balik, beria-ia sungguh Yana bertanya apa yang terjadi kepada aku.

Aku cuma cakap yang aku okey. Aku mengeluarkan tasbih putih yang mengandungi 33 butir manik seakan mutiara yang aku jumpa di atas jalan tadi. Memang seutas tasbih yang comel.

Di penghujung tasbih terukir satu nama, ‘Hasif’ , patutlah dia beria-ia mahukan tasbih ni, ada nilai sentimental la kot, esoklah aku pulangkan kalau ade rezeki’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience